Dilampirkan tulisan seorang sahabat:
Oleh ABDULLAH ZAIDI HASSAN
Doa yang dibaca oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam khutbah Hari Raya Korban baru-baru ini telah menarik perhatian banyak pihak. Apa yang disiarkan dalam media massa arus perdana, ialah propaganda yang menganggap doa itu tidak islamik malah bertentangan dengan ajaran agama.
Kita harus melihat isu ini dengan fikiran yang lebih terbuka, tanpa perasaan prejudis kepartian dan kekelompokan.
Apakah latar belakang kepada tercetusnya reaksi tersebut. Semoga Allah membimbing kita untuk melihat kebenaran sebagai kebenaran, serta kepalsuan sebagai kepalsuan.
Kenapa Tuan Guru berdoa sedemikian?
Ia berdasarkan isu tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan, Perdana Menteri membuat kenyataan di parlimen bahawa Petronas akan memberi wang ihsan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan.
Reaksi awal Tuan Guru adalah beliau berpuasa tiga hari tanda kesyukuran. Syukur kerana Kerajaan Pusat dan Petronas telah mengakui bahawa Kelantan adalah negeri pengeluar minyak dan gas.
Kita tentu akan bertanya adakah ianya suatu perbuatan yang menepati syarak, mematuhi undang-undang Negara dan mengikut lunas-lunas kemanusian, suatu yang adil dan tidak zalim bagi Kerajaan Pusat dan Petronas untuk menidakkan hak kerajaan Kelantan dan rakyatnya selama ini?
Kenapa hanya sekarang Kerajaan Pusat dan Petronas mengakui yang Kelantan adalah negeri pengeluar petroleum?.
Sekiranya Kerajaan Kelantan dan sebahagian rakyatnya tidak membuat tuntutan dan menghebohkan isu ini, adakah pihak Kerajaan Pusat dan Petronas akan membuat sebarang bayaran kepada Kelantan?
Kita tentu akan terus bertanya lagi, kalaulah benar maklumat dalam dokumen perjanjian Petronas dengan pihak kerajaan-kerajaan negeri sebagai yang ditandatangani Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun 1970-an dahulu, pihak Kerajaan Kelantan diwakili Tan Sri Muhammad Yaakob selaku Menteri Besar; maka kita faham benar yang perjanjian itu adalah antara Petronas dan pihak Kerajaan Negeri.
Sedangkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bukanlah sebuah agensi kerajaan negeri, bahkan ia adalah agensi Kerajaan Pusat.
Jika pembayaran dibuat kepada JPP, bermakna Petronas tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak Kerajaan Negeri, tetapi Petronas membuat bayaran kepada sebuah agensi Kerajaan Pusat.
Apakah ini menepati semangat dan butiran perjanjian yang telah ditanda-tangani? Adakah ini bertepatan dengan keadilan dan tuntutan agama?
Kita juga mungkin terus bertanya tentang pembahagian kawasan pengeluar minyak pesisir pantai serta di kawasan luar pesisir pantai dan kawasan bertindih dengan negara-negara jiran.
Sudah tentu sebelum perjanjian antara Petronas dan Kerajaan Negeri dimeterai dahulu, kawasan laut Malaysia tersebut menjadi milik Malaysia kerana ianya adalah laut dalam perairan Kelantan, dan kerana Kelantan menyertai Persekutuan Tanah Melayu, maka perairan tersebut dikira pada peringkat antarabangsanya sebagai milik Malaysia.
Itulah semangat Persekutuan yang perlu semua pihak luhurkan. Menidakkan elemen asas sebegini mungkin sahaja merupakan tindakan menidakkan hak kerajaan negeri dan rakyatnya. Apakah perbuatan ini memenuhi butiran dan semangat syara dan perundangan negara?
Doa Tuan Guru
Tuan Guru berdoa agar Allah membuka (melunakkan) hati PM agar membayar royalti minyak kepada Kelantan, jika sekiranya PM terus-menerus enggan untuk membayar beliau mendoakan agar Allah menimpa bala ke atas PM kerana perbuatan tersebut agar menjadi peringatan dan pengajaran kepada yang lain.
Adakah tiada contoh yang Rasulullah pernah berdoa meminta agar dibala' orang-orang yang memerangi Islam?
Bukankah kita tahu dari hadis, Rasulullah membaca Qunut Nazilah selama sebulan dalam setiap solat fardu ke atas golongan yang memerangi Islam?
Kita juga mengetahui yang para ulama semenjak dahulu lagi telah menyusun himpunan wirid dan doa yang mereka namakan Hizbu an-Nasri 'ala al-A'da (bacaan untuk kemenangan ke atas musuh).
Antara yang paling tersebar amalannya ialah susunan Sheikh Abdul Qadir Jailani, Sidi Abu Hassan as-Shazili dan Habib Abdullah al-Haddad.
Semuanya mengandungi doa agar dimusnahkan orang menzalimi kita dan mahu memusnahkan kita.
Tanpa kita mengatakan yang PM atau Kerajaan Malaysia telah menentang Islam , tetapi perbuatan tidak membayar royalti kepada yang pihak yang sepatutnya mungkin boleh dihitung sebagai perbuatan yang zalim, memungkari perjanjian dan melanggari keluhuran Persekutuan.
Tuan Guru berdoa agar Allah yang menurunkan bala sebagai balasan ke atas perbuatan mereka, tentunya Allah itu kita yakini bersifat Maha Mengetahui, Maha Adil, Maha Pengampun dan Maha Keras Pembalasan-Nya.
Sekiranya doa itu dimakbulkan sekalipun, kita yakin balasan daripada Allah ke atas yang terkena doa itu adalah setimpal dengan perlanggaran dan keterlampuannya. Allah tidak akan menzalimi hamba-hamba-Nya, perbuatan jahat dibalas dengan setimpal sedangkan perbuatan baik akan dibalas berlipat ganda.
Penggunaan istilah laknat dalam al-Quran
Allah menyebut Allah melaknat orang yang mengatakan hati-hati mereka tertutup daripada menerima kebenaran Islam (al-Baqarah:88), orang yang menyembunyikan kebenaran agama (al-Baqarah:159), Ahlu al-Kitab yang mengatakan orang musyirikin lebih baik dan lebih mendapat petunjuk daripada orang yang beriman (an-Nisa’:52), orang yang memungkiri janji-janji selepas kemas perjanjiannya serta memutuskan apa yang diperintah Allah agar dihubungkan dan malakukan kefasadan di bumi (ar-Ra’du;25), Orang yang berdusta kepada Tuhan dan dianggap zalim (Hud:18).
Terdapat dua bentuk doa yang disebut di dalam al-Quran. yang mengandungi permohonan agar diturunkan laknat daripada Allah. Satunya apabila golongan ahli al-Kitab mendustai kebenaran Islam, lalu Allah mengajar agar kedua pihak melakukan ibtihal (doa yang bersungguh-sungguh) serta membawa anak isteri agar diturunkan laknat ke atas golongan yang berdusta (Ali-'Imran:61).
Satu lagi ialah doa pengikut kesesatan ke atas pimpinan mereka ketika mereka dihumban ke dalam neraka: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami mengikut pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami daripada jalan (kebenaran), ya Tuhan kami, timpalah ke atas mereka azab yang dua kali ganda dan laknatlah mereka, dengan kelaknatan yang dahsyat (al-Ahzab:67-68).
Semoga kita berusaha menghindari perbuatan-perbuatan yang mendatangkan laknat Allah ke atas kita di dunia ini dan di Akhirat kelak. Tiada jalan keselamatan yang lain kecuali jalan keselamatan yang Allah dan Rasul-Nya nyatakan.
Sumber: http://mohdrashidi.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Fakta di sebalik doa Tuan Guru
PAS PENGKALAN HULU, Friday, December 4, 2009JANJI KETIKA BAJET 2008 DULU "PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK SEMUA", TAPI TAHUN 2010 KENA BAYAR....
PAS PENGKALAN HULU, Thursday, December 3, 2009Keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk mengenakan sedikit bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan amatlah mengejutkan kita semua.
Kalau kita imbas kembali kenyataan mantan Menteri Pelajaran (pada pertengahan Disember 2008) ketika itu Dato Sri Hishamuddin Tun Hussein telah bersetuju untuk tidak mengenakan sebarang bayaran tambahan lagi untuk pelajar bagi mengurangkan beban kewangan ibubapa yang menanggung perbelanjaan sekolah anak-anak dan ianya sejajar dengan janji PM ketika itu Dato Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi ketika pembentangan Bajet 2008 bertajuk “Pendidikan Percuma untuk Semua”
“Kerajaan komited melaksanakan langkah progresif untuk meningkatkan akses dan mengurangkan kos pendidikan. Pada tahun lalu, saya telah mengumumkan pemansuhan yuran peperiksaan PMR, SPM dan STPM. Sebagai tambahan, saya ingin mengumumkan yuran peperiksaan bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dimansuhkan. Dengan itu, yang tinggal hanya yuran tahunan sekolah rendah dan menengah. Saya juga sukacita mengumumkan, mulai tahun 2008, yuran sekolah ini turut dimansuhkan”
Walaupun didalam kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom (dalam gambar) dipetik berkata, bayaran ini tidaklah membebankan ibubapa dan pelajar dan jumlah bayaran ini akan diumumkan sedikit masa nanti dengan pembayarannya bolehlah dijelaskan apabila sesi persekolahan bermula awal januari 2010 nanti.
“Bayaran ini akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti pelajar juga. Sebagai contoh duit bayaran ini akan digunakan sebagai insurans serta juga untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan nanti”
Saya merumuskan ianya sebagai suatu tindakan yang begitu terburu-buru untuk mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar nanti walaupun jaminan kementerian sendiri ianya tidak begitu membebankan , seharusnya perlu mencari jalan atau alternatif yang terbaik bagi menampung kewangan seperti insurans atau perbelanjaan aktiviti dan bukannya menjadikan ibubapa sebagai ‘institusi kewangan’!
Mungkin orang akan berkata, apalah sangat kita hendak ‘berkira’ soal duit lagi pun untuk persekolahan anak-anak kita kerana ianya telah menjadi tanggung jawab ibubapa untuk menyediakan apa yang sepatutnya kepada anak-anak.
Secara peribadinya saya lebih memandang jauh kehadapan didalam soal ini. Saya lebih memikirkan diandaikan sesebuah keluarga mempunyai anak yang ramai dan bersekolah antara lima hingga enam orang serentak didalam satu-satu masa, bagaimana dan berapa banyakkah ibubapa harus menyediakan apa yang ditafsirkan oleh KPM ‘sedikit’ bayaran tambahan itu?
Kita juga persoalkan dimana pula tanggung jawab sosial kerajaan untuk penyediaan seperti insurans pelajar-pelajar serta yang paling penting ialah menampung perbelanjaan aktiviti pelajar-pelajar? 'Apalah sangat' setakat RM 10-20 Juta untuk disumbangkan bagi tujuan tadi kerana ianya adalah untuk kebaikan pelajar juga akhirnya.
Seharusnya sebagai kerajaan yang dikatakan bertimbang rasa, mengambil berat serta sentiasa peka dan peduli dengan keluhan rakyat perlu mencari kaedah lain bagi pembiayaan dua penting ini dan bukannya berterusan menjadikan ibubapa sebagai ‘tabung penyelamat Kewangan bagi KPM’ yang baru...
Sumber: http://ingeniur.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
UMNO yang SOMBONG!
PAS PENGKALAN HULU,Umno boleh dianggap sombong, angkuh dan mengamalkan budaya samseng kerana keengganan mereka memohon maaf dengan segera kepada seluruh rakyat Malaysia ekoran beberapa insiden bersifat perkauman yang cuba dicetuskan oleh mereka sebelum ini.
Sebaliknya, sikap pemimpin DAP lebih dihormati apabila segera memohon maaf secara terbuka ekoran isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang melompat baru baru ini.
Pemimpin Umno, pelbagai peringkat dan Ibrahim Ali yang melupakan jasa Pas, menyelar tindakan pemimpin DAP dengan menyifatkan mereka biadap.
Tapi kenapa Ibrahim tidak melatah dan menganggap pemimpin dan penyokong Umno biadap apabila mereka membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng baru baru ini dan insiden mengarak dan memijak kepala lembu di Selangor Ogos lalu.
Harakahdaily melaporkan, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain berkata, Umno dan Barisan Nasional perlu bertanggungjawab terhadap tindakan yang dilakukan oleh mereka.
"Isu membakar gambar Ketua Menteri Pulau Pinang dan isu perkauman memijak kepala lembu adalah tindakan primitif dan tidak beretika.
"Tindakan menggunakan gambar seorang pemimpin sebuah kerajaan negeri dan juga Ketua Menteri yang dipilih oleh rakyat menjadi bahan untuk dibakar gambarnya adalah tindakan ganas yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat," jelasnya ketika ditemui di Pejabat Perhubungan PAS Perak hari ini. .
Kedua-dua insiden buruk itu jelasnya telah menimbulkan sentimen perkauman yang didakwa boleh memecahbelahkan perpaduan kaum di negara ini.
Umno juga katanya wajar mencontohi sikap pemimpin DAP yang berani memohon maaf secara terbuka ekoran isu memijak gambar tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang lompat baru baru ini.
Ketiga-tiga mereka adalah gambar Adun Jelapang, Hee Yit Foong, Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang) dan Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) yang telah mengisytiharkan mereka bebas dan menyokong BN sehingga tumbangnya kerajaan Pakatan Negeri Perak.
"Ini adalah sikap yang harus dipuji dan dijadikan contoh oleh kita semua, sikap memohon maaf ini adalah sifat yang mulia.
"Sebenarnya jika sikap ini dijadikan amalan kita, semua masalah yang dihadapi dapat diselesai dengan segera," katanya lagi.
Selain itu, beliau turut mendesak Umno BN memohon maaf kepada rakyat negeri Perak atas rampas kuasa yang dilakukan dan kepada rakyat Kelantan kerana menafikan hak royalti negeri itu.
Sumber: http://darisungaiderhaka.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Doa Turun Bala Sebagai Satu Peringatan
PAS PENGKALAN HULU,
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyokong tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mendoakan kemusnahan masa depan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, jika Kerajaan Pusat tidak memberi royalti minyak.
Katanya, tindakan Mursyidul Am itu sebagai ‘ancaman’ kepada pihak yang menzalimi Kerajaan Negeri supaya bertaubat.
“Saya menyokong tindakan Tok Guru Nik Abdul Aziz, tetapi harus diingat doa itu akan hanya dilaksanakan jika Kerajaan Barisan Nasional (BN) terus berdolak-dalik mengenai isu tersebut,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen semalam.
Khalid berkata, kerajaan selama ini cuba menyembunyikan fakta sebenar dalam isu royalti minyak dan tidak timbul isu pemberian wang ihsan kerana ia wujud setelah penubuhan Akta Petroleum 1974.
“Tidak ada istilah wang ihsan untuk Kelantan kerana ia hanya diwujudkan di Terengganu pada 2001. Jelas pemberian wang ihsan hanya wujud setelah perjanjian royalti minyak ditandatangani pada 1974,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid menafikan beliau menyampaikan ajaran sesat dalam siri ceramahnya dan menyifatkan tindakan pihak berkuasa menarik balik tauliahnya adalah atas pengaruh pihak tertentu.
“Saya layak setelah ditemu duga seorang ustaz. Nazir dan ahli jawatankuasa masjid juga menerima lebih kurang lima surat amaran daripada Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (Jais) yang melarang menjemput saya untuk memberikan ceramah,” katanya. -SH
Baca Seterusnya...
Ramai Sungguh Rakyat Kelantan Yg Tak Suka Nik Aziz!!
PAS PENGKALAN HULU, Tuesday, December 1, 2009
1,000 pengunjung menyaksikan pertunjukan sarkas yang dijayakan oleh 50 penyokong Umno...
(gambar ihsan dari blog pinkturtle)
Ramai sungguh rupanya orang yang tak suka dengan TG Nik Aziz di Kelantan nie!'. Itulah detik hati saya apabila mendengar berita mengenai 'perhimpunan besar' penyokong Umno yang dipimpin oleh Che Johan Che Pa yang mengadakan perhimpunan di depan Kota Darul Naim pagi ini bagi mendesak TG Nik Aziz meletak jawatan sebagai MB. 'Perhimpunan besar' rakyat Kelantan yang dipimpin oleh Umno itu bukan sekadar dihadiri 5,000 orang, 50,000 orang atau 500,000 orang, tetapi ia menarik penyertaan rakyat Kelantan hingga jumlah yang hadir dilaporkan menjangkau 50 ORANG!!! Saya ulangi - 50 orang, wau...ramainya!!!
Yang seronoknya, hampir 1,000 lagi yang berhimpun memerhatikan 50 penunjuk perasaan yang dipercayai didalangi oleh anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali itu.
Bagi 1,000 pengunjung yang memerhatikan pertunjukan sarkis oleh 50 orang Umno itu, ia pasti pertunjukan percuma yang sangat menghiburkan. Jika pertunjukan sarkis Umno itu turut dimeriahkan dengan kehadiran monyet, beruk dan ungka, pasti kehadiran penonton boleh bertambah dari 1,000 kepada 10,000 orang; wau...hebatnya!!!
ha..ha...ini dia sesi bergambar di hujung demonstrasi
(gambar ciplak dari blog pinkturtle)
~ pendikar gunung kriang
Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Mat Jenin bernama Stopa Mamat
PAS PENGKALAN HULU, Monday, November 30, 2009
Amboi... amboi... amboi... sedapnya mulut si Stopa Mamat, ngaborkan pada Tok Guru Nik Aziz yang masa dia udah time daripada menjadi Menteri Besar Kelantan. Cukup ler tu.... udah cukup 20 tahun Tok Guru memerintah Kelantan. Bagi jer pada orang lain pulak.
Woit... Stopa Mamat!!! Sapa kamu nak ngaborkan rupa itu?? Apa... kalau Tok Guru berhenti, kamu terigin nak jadi MB ke?? Weh.... jangan mimpiler!!! Ngingor pun jangan!!! Tak der maknanyer kamu menjadi Mat Jenin. Jatuh pokok nyor, baru padan muka!!
Itu rupanya orang UMNO... mentang-mentanglah Tok Guru kena serang dan kena fitnah, terus mereka ambil kesempatan untuk menaguk di air keruh. Dasar oportunis!! Memang muka tembok... tak tahu malu.
Tapi, puak-puak UMNO ni memang ngok ya amat. Ater... kalor udah sampai 20 tahun Tok Guru mengepalai pemerintahan di Kelantan, makna dia hebat ler.... pentadbirannya dia hebat ler... intergriti kerajaan yang dipimpinnya kukuh ler.... kredibiliti dia tinggi ler.... urus tadbir dia disukai rakyat Kelantan ler.... So, what's the problem??
Hanya kerana isu PMBK dan isu pergi Mekah..... udah komer nak nyuruh dia letak jawatan. Lembu komer, si SPRM pun masih terkial-kial... cuba sedaya upaya menyiasat untuk mencari bukti yang entahkan ada, entahkan tak ada.... komer pulak udah sibuk bebenor. Berani kerana benar....takut kerana salah. Kita tengok nanti....
Percubaan komer untuk mengharu-birukan Kelantan dan menggulingkan Tok Guru takkan kesampaian kerana Allah SWT sentiasa bersama orang yang benar. Berputih matalah komer nanti.
Kelantan sejahtera tanpa UMNO. Oleh itu, komer boleh belah!!
Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/
Baca Seterusnya...
Selamat hari raya Aidil Adha
PAS PENGKALAN HULU, Thursday, November 26, 2009
PAS Kawasan Pengkalan Hulu mengucapkan Selamat hari raya Aidil Adha kepada semua umat Islam seluruh dunia dan Malaysia.
Moga Allah merahmati dan menerima ibadat korban kalian semua.
Kepada mereka yang sedang mengerjakan haji akan memperolehi Haji Mabrur.
Baca Seterusnya...
Buka Semua
Tutup Semua

