Beranikah Najib Altantuya Sanggah Mahathir Mahazalim?




Saranan Najib Razak supaya Umno tidak menyertai pilihan raya kecil Dun Penanti mendapat sanggahan oleh Dr Mahathir Mohamad. Kata Mahathir Umno tidak boleh mengelak menyertai pilihan raya itu bagi menambahkan kerusi dan mengekalkan kekuasaanya. Alasan Mahathir kalau kerusi itu tidak mahu disertai kerana ia bukan kawasan Umno lama kelamaan Umno akan ketiadaan kerusi.

Sama-sama kita tunggu apakah Najib dengar atau tidak pandangan Mahathir itu. Sekiranya Najib akur maka jelas siapa yang menguasai Umno kini dan cuba menunjukkan lagaknya. Cadangan Mahathir itu juga sebagai ujian buatnya sejauh mana Najib menerima pandangannya.

Sekiranya Najib menerima dan membatalkan niatnya ini bermakna Mahathir mulai menguasai ke atas Najib. Sikap Mahathir berlawan itu juga akan menghalang gaya baru politik yang Najib hendak laksanakan.

Dalam hal ini Najib tidak boleh terlalu menghormati kepada Mahathir dengan sedia menerima pandangan itu. Sebagai perdana menteri Najib harus mempertahankan cadangan itu. Sekali Najib mula menurut telunjuk Mahathir, Najib akan terus terperangkap dan lama kelamaan semua yang Mahathir arahkan akan dilaksanakan Najib.

Seperti dikatakan sebelum ini seorang pemimpin yang ingin melakukan perubahan perlu bernani dan tegas dengan prinsipnya. Kalau Najib menarik balik cadangannya itu kerana Mahathir ia akan memberi implikasi besar kepada pentadbirannya. Lama kelamaan pentadbiran Najib akan dibayangi oleh Mahathir. Jadilah Mahathir sebagai PM de factor.

Saya tetap yakin tindakan Najib disokong oleh rakyat yang mahu kurangkan politiking menerusi pilihan raya itu dan menumpukan perhatian kepada pembangunan rakyat. Langkah Najib itu juga bijak. Kalau sudah tahu kerusi itu akan dimenangi PKR untuk apa Umno bersusah payah dan menyediakan ruang untuk rakyat terus berletagah dalam pilihan raya itu. - M. Sayuti Omar
Sumber: http://greenboc.blogspot.com

 
Load Counter