BELUM BUAT KEPUTUSAN BERTANDING NAIB PRESIDEN

KOTA BHARU: Anggota Parlimen Bukit Gantang DS Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin belum membuat keputusan mengenai pencalonannya bagi jawatan Naib Presiden PAS pada Jun ini.

“Setakat ini belum terlintas dalam sanubari saya (untuk memikirkan soal pencalonan jawatan dalam parti),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa, di sini, hari ini.

TPj Pas Perak itu mengucapkan terima kasih kepada kawasan yang mencalonkannya dan menyokong pandangan bahawa PAS perlu dipimpin oleh gabungan ulama dan profesional bagi memantapkan masa depan parti agar diterima semua

http://perakdaily.com/?p=790

 
Load Counter