Mat Sabu: Mahkamah Rayuan Ikut Skrip

Keputusan Mahkamah Rayuan yang memberi kemenangan 3-0 kepada Zambry pada 22 Mei lalu dianggap Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai keputusan yang mengikut skrip.

Menurutnya, keputusan yaNG telah diskripkan itu menandakan matinya demokrasi di negara kita.

"Keputusan ini sangat pelik kerana ia telah bocor dahulu, seluruh media BN telah menanti hanya untuk umumkan sahaja, satu lagi tanda sebelum keputusan dibuat ramai ADUN dan Pemimpin BN hadir, tak macam semasa keputusan di Mahkamah Tinggi," ujarnya.

Meskipun begitu Mohamad Sabu masih mengharapkan akan berlakunya pembubaran DUN oleh pihak BN.

Dalam penghakimannya, ketiga-tiga hakim berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi, Dato' Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Nizar hilang majoriti dalam DUN.

Persolannya ialah bagaimana kita tahu bahawa Nizar telah hilang majoriti dalam DUN? Adakah ujian dibuat dalam DUN?

Sumber: http://speakforperak.blogspot.com/

 
Load Counter