PM Rakyat @ PM Takut Rakyat !!

Melihatkan akan ucapan Dato' Seri Najib Razak semalam di Putrajaya, boleh dikategorikan ucapan paling meloyakan dan memualkan. Juga boleh dimasukkan dalam Guinness World Book of Records kategori perkara-perkara yang paling meloyakan dan memualkan. Beliau mahu dikenali sebagai 'Perdana Menteri Rakyat' yang mesra rakyat dan memahami kehendak rakyat. Beliau juga berkata, "saya sentiasa bersama-sama dengan rakyat', beliau juga menegaskan tidak sepatutnya wujud tanggapan bahawa beliau adalah anak golongan bengsawan.

Dalam ucapan tersebut, beliau juga menegaskan "kita mesti lihat kepada hala tuju negara, kita mesti faham, mesti merasai denyutan nadi rakyat, nadi negara, kuasa rakyat, kita mesti merasainya," katanya ketika menyampaikan ucapan pada majlis perhimpunan Hari Pekerja Sektor Awam di Pusat Konvokesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam.

Jikalau seseorang yang berfikiran waras pasti akan berkata Dato' Seri Najib Razak ini dalam khayalan semasa memberi ucapan tersebut. Bagaimana boleh beliau membuat ungkapan ingin menjadi 'Perdana Menteri Rakyat' sedangkan tindakan beliau menggambarkan sebaliknya. Merujuk krisis di Perak, kesemua tindakan beliau membelakangi hak rakyat keseluruhannya. Merampas kerajaan yang dipilih oleh rakyat secara rakus dan membelakangi undang-undang. Tidakkah beliau merasai denyutan nadi rakyat negeri Perak yang inginkan pembubaran DUN dan diadakan pilihanraya bagi menyelesaikan krisis tersebut? Adakah terlau susah untuk memahaminya?

Beliau sebenarnya ingin bersandiwara dengan kata-kata manis beliau supaya rakyat terus ditipu. Sekiranya itu yang beliau inginkan, ternyata kenyataan tersebut memakan diri sendiri ibarat "boomerang". Rakyat akan pasti dan terus menghukum UMNO BN walau apapun ancamannya. Ternyata ucapan beliau tidak selari dengan tindakan beliau, sebenarnya segala tindakan beliau menggambarkan Perdana Menteri yang takutkan suara rakyat. Seboleh-bolehnya beliau ingin menyekat suara rakyat daripada terus berkumandang dan bergema untuk menuntut keadilan.

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter