2 Kumpulan Bergaduh, 16 Cedera

~Topeng Perak~

Sebanyak 16 lelaki cedera termasuk dua daripadanya kritikal setelah terbabit dalam satu pergaduhan membabitkan dua kumpulan di pekan Kamunting dekat sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Raja Musa Raja Razak berkata, kejadian petang semalam itu berpunca daripada perbuatan ejek mengejek antara dua kumpulan remaja di hadapan sebuah kafe siber di pekan itu.

Katanya, seorang remaja yang gagal mengawal kemarahan kemudian bertindak menampar remaja dari kumpulan yang satu lagi.

“Remaja yang tidak berpuas hati kerana ditampar itu kemudian datang kembali bersama dua lelaki dewasa membawa parang lalu menyerang kumpulan remaja dan mencederakan empat rakannya.

“Berikutan itu, kumpulan remaja yang diserang itu memanggil rakan-rakan mereka yang dewasa dan menyerang balas kumpulan yang mencederakan mereka di sekitar pekan Kamunting sehingga ramai mengalami kecederaan,” katanya.

Raja Musa berkata, semua 16 lelaki yang cedera dalam pergaduhan itu dihantar ke Hospital Taiping untuk rawatan.

Sumber: http://anakcucunabiadam.blogspot.com/

 
Load Counter