Abe Uji Ikan Di Kenali Ramai

Nama Uji Ikan, tidak asing lagi di Kuala Krai. Jarang orang tidak mengenalinya. Apabila menjejak kaki ke pasar kita mudah temui seorang lelaki bertubuh tegak. Tidak sukar untuk mengenalinya. Biar pun ramai penjual ikan di situ, ada seorang yang berpakaian sedikit kelainan.Ada serban di atas kepala. Dililit kemas. Ekor serban menjuntai ke bawah di bahagian belakang. Sekali tengok macam orang pondok.Dahinya ada tanda hitam, kata orang kampung tanda kuat ibadat.

Hari ini beliau sudah jarang kelihatan di pasar, biar pun masih lagi berniaga ikan. Beliau sudah meningkat maju dalam perniagaan. Abe Uji di antara pemborong ikan di pasar berkenaan.Ramai penjual ikan di pasar itu dan penjaja dengan kenderaan mendapat bekalan ikan daripadanya.Biar pun kini jarang kelihatan di pasar, namun masih mudah ditemui di Masjid Jauhar di hadapan stesen minyak Caltex. Masjid itu menjadi tempat persinggahan bagi musafir yang melalui jalan Kuala Krai – Gua Musang. Kedudukan tidak jauh dari simpang tiga menghala ke bandar Kuala Krai.

Kedudukan agak strategik dan mempunyai tempat letak kereta yang luas. Setiap waktu solat ramai orang yang singgah di situ. Sering kali kita melihat ada sebuah kereta Mercedes model lama berada di tepi masjid. Nombor pendataran bertulis PAS. Itulah kereta milik Abe Uji. Nama sebenarnya Mohd Fauzi Abdullah, 50. Abe Uji Ikan kini semakin dikenali ramai. Seluruh negara memerhati gerak lakunya. Namanya tiba-tiba menjadi sebutan. Kecil besar, tua, muda menyebut nama Abe Uji. Mengapa tiba-tiba Abe Uji menjadi begitu popular, seumpama Mawi. Sedangkan Abe Uji bukan artis yang gila glamour. Atau pemimpin politik yang baru muncul.

Namanya tiba-tiba muncul selepas diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil 14 Julai ini. Moga-moga Abe Uji dapat mempertahankan parti yang berteraskan Islam iaitu PAS. Masyarakat Kelantan termasuklah di Manek Urai inginkan wakil rakyat yang mudah di dekati dan "political engagement". Sentiasa merapati masyarakat seperti berziarah dan mengeratkan silaturahim ini mampu meletakkan kesan yang berbekas dalam kepada manusia. Aktiviti berziarah ini bukan sahaja kepada golongan al-mala' tetapi kepada rakyat marhaen tanpa mengira latar belakang inilah membuatkan Abe Uji Ikan calon yang paling sesuai untuk dipilih oleh pengundi Manek Urai./Siasah

Olahan : addin

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter