Kerajaan Perpaduan : UMNO Boleh Ke?

Sebenarnya saya tak nak sangat ulas tentang "Kerajaan Perpaduan" ni oleh kerana terlalu banyak ulasan dan komentar yang dilontarkan oleh para sahabat semua. Namun, saya terpanggil untuk memberi ulasan kerana melihat isu ini sudah menjadi "barah" dalam PAS. Saya secara peribadi tidak berapa setuju dengan cadangan ini yang diutarakan oleh Tuan Guru Haji Hadi.


Ini merupakan "turning point" bagi UMNO untuk melaga-lagakan PAS dalam Pakatan Rakyat. Hari ni Utusan Meloya mainkan lagi isu ini. Memang UMNO nak tengok sunguh-sungguh PAS porak poranda, barulah puas hati mereka. Namun, untuk meredakan kemarahan ini saya paksakan diri saya berfikiran positif dan berlapang dada untuk menerima lontaran idea Tuan Guru Hj. Hadi Awang walaupun sekelumit sahaja.

Menurut Tuan Guru Hj. Hadi Awang hari ini, menegaskan PAS tidak akan mengadakan sebarang muqabalah, atau dialog, dengan UMNO sehingga parti tonggak Barisan Nasional itu patuh kepada Perlembagaan, membebaskan media dari kongkongan dan memulihkan kewibawaan institusi mahkamah. Selagi UMNO terus mencabul prinsip pemisahan kuasa dan undang-undang, sebarang perbincangan adalah sia-sia, kata Hadi .Beliau menegaskan idea kemungkinan PAS-UMNO mengadakan muqabalah hanya dilontarkan sebagai perbincangan dan tidak ada sebarang ketetapan yang diambil oleh parti itu.

Jikalau diteliti konsep "Kerajaan Perpaduan" adalah bersifat umum dan hanya menyatakan sifat sebuah kerajaan yang yang baik dari segi urus tadbirnya dan menyatukan semua rakyat di bawah satu bumbung dan antara kerangkanya hendaklah kerajaan itu mendaulatkan Islam. Kerajaan Perpaduan" bukanlah difokuskan kepada Umno semata-mata. Namun, adakah UMNO boleh menerima konsep ini sesudah bergelumang dengan dosa dan maksiat selama 52 tahun mentadbir urus negara ini? Boleh ke UMNO memperbetulkan sahsiah parti mereka dari parti yang berpaksikan wang ringgit kepada berpaksikan iman ? Sebenarnya, inilah cabaran kita sebagai pejuang Islam supaya berlapang dada dalam menyampaikan kebenaran, walaupun kadang-kadang pahit.

Sumber: http://addin77.blogspot.com/

 
Load Counter