LIVE: Laporan Muktamar PAS ke-55

KLPOS.COM bawakan secara langsung liputan Muktamar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kali ke-55. Wartawan KLpos.com melaporkan dari Stadium Malawati Shah Alam. Klik 'refresh' atau 'reload' untuk maklumat terkini.

11:22am: Dalam penutupnya Hadi sekali lagi menegaskan PAS sedia berdialog, bermuzakarah dan berdebat dengan sesiapa sahaja demi merealisasikan tema muktamar kali ini iaitu Islam Memimpin Perubahan . Hadi turut meminta Ulama PAS berani dan berijtihad menangani polemik baru yang serba mencabar pada masa ini.


11:06am: Ulama muda akan mewarisi perjuangan PAS kerana mereka akan meneruskan perjuangan Islam secara istiqamah. - Hadi


11:04am: PAS akan meminda perlembagaannya bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS menjadi sayap parti itu dan ahlinya layak menjadi calon pilihanraya dibawah payung PAS. - Hadi


10:53am: Hadi menyebut nama Erdogan dan Ahmadinejad dalam ucapannya. Beliau mengalu-alukan keberanian keduanya memprotes tindakan Israel di Palestin.


10:50am: PAS bersedia menerima idea baru tetapi semua ahli PAS perlu ditarbiyah dengan kefahaman fiqh siyasi yang diperjuangkan PAS serta memahami budaya dan kaedah PAS. - Hadi


10:45am: 'Soksek' perwakilan yang didengari wartawan kami mengatakan Naib Presiden PAS Husam Musa mendahului dengan 40 peratus sokongan, Nasharuddin 35 peratus manakala selebihnya milih Mohamad Sabu. Keputusan dijangka diumumkan petang Ahad. Perbahasan bermula esok.


10:40am: Dasar pendidikan tajaan Umno menyebabkan lahirnya pemimpin yang tidak bermoral, yang berkuasa melalui rasuah dan penipuan, kata Hadi lagi.


10:16am: Hadi Awang turut berkata slogan satu Malaysia tidak berupaya mewujudkan suasana negara yang lebih baik kerana dalaman Umno dan BN sendiri bercelaru dan tidak bersatu.


10:15am: Hadi Awang membacakan ucapan dasar bertajuk Islam memimpin perubahan yang menekankan dan memperkukuhkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat. Beliau juga mengambil sikap terbuka untuk bertemu dan berbincang dengan sesiapa sahaja demi kepentingan Islam. Presiden PAS turut berkata rampasan kuasa di Perak sebagai kemuncak keangkuhan Barisan Nasional (BN).


9:58am: Kurang meriah. Itu 'soksek-soksek' yang kedengaran dikalangan wartawan yang hadir membuat liputan sempena muktamar kali ini. Para wartawan pada awalnya menjangkakan 'kick-off'muktamar kali ini lebih hangat dari biasa. Tempat duduk di Stadium Malawati masih banyak kosong. Berbeza dengan muktamar PAS tahun lepas di Ipoh yang lebih meriah.


9:50am: Setiausaha Agung PAS sedang berucap mengalu-alukan muktamar kali ini. Bekas menteri di JPM Datuk Zaid Ibrahim menerima tepukan gemuruh dari perwakilan dan pemerhati apabila kehadirannya diumum oleh pengerusi tetap.


9:39am: PAS secara rasmi mengiktiraf Sasterawan Negara Datuk Samad Said dan bekas ketua pengarah DBP Datuk Hassan Ahmad. Sasterawan-sasterawan negara ini menerima anugerah Pejuang Bahasa kerana keberanian mereka menentang PPSMI. Menurut presiden PAS anugerah tersebut julung kalinya diberikan sempena Muktamar tahun ini.


9:30am: Antara tetamu VIP yang hadir ialah Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, bekas menteri di jabatan perdana menteri Zaid Ibrahim, wakil Hamas dan wakil-wakil kedutaan asing. Bagaimanapun kelibat Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim masih belum kelihatan.


9:25am: Ustaz Mustapa Sinin, Imam Besar Masjid Negerindan johan musabaqqah Al-Quran peringkat kebangsaan sedang membaca ayat suci Al-Quran. Lebih 100 orang wartawan termasuk KLpos.com dari kira-kira 30 agensi berita membuat liputan sempena muktamar PAS kali ini.


9:21am: Nik Aziz masuk ke dalam dewan diiringi Timbalan Mursyidul Am Dato' Dr Harun Din, Presiden Datuk Seri Abd Hadi Awang, Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa Setiausaha Agung Dato' Kamaruddin Jaafar dan Pesuruhjaya Selangor Dato' Dr Hassan Ali.

9:15am: Ketibaan Mursyidul AM Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat. Kebanyakkan tempat duduk masih lengang.

Sumber Ihsan KLPost

 
Load Counter