Manik Urai...UMNO 'tok say gocoh'

UMNO setiap kali menghadapi PRK atau PRU, sentiasa kehabisan modal, guna cara lama, teknik lama dan nada sumbang.

Modal lapuknya, PAS suka bergaduh, PAS suka bertumbuk dan PAS suka maki hamun.
Apa orang Manik Urai boleh dikelentong oleh Mustapake?

Nada sumbangnya PAS meng'kafir'kan UMNO. PAS rela berkawan dengan DAP tetapi tak nak ber'kawan' dengan UMNO.
Apa pengundi di Manik Urai tak boleh berfikir bahawa itu hanya semata-mata ayat yang hanya buang 'air liur' Mustapa ke?

Orang Manik Urai beruntung kerana 'mee segera' terlalu cepat dihidang dan akan menunggu beberpa kali lagi 'hidangan' 'mee-segera'. Lihat sini .

Ingat Mustapa, Ketua Penerangan Ahmad Maslan telah dapat menghidu akan berlaku 'cah keting' atau 'peteh kaki'. Ini yang selalu berlaku dalam UMNO. Ia selalu berlaku di Kelantan dan Terengganu. Lihat sini .

Semasa hari penamaan calon, semua nampak semacam setuju, tetapi tak sampai beberapa langkah pimpinan balik, persidangan 'kecil' tetapi hangat akan berlangsung di warung-warung kopi. Ini sudah menjadi lebih daripada biasa. Ia sudah 'lali' dengan UMNO lebih-lebih lagi di Kelantan bahkan seluruh negara.

Kerana apa?

Kerana mereka melihat pemenang PRK bukan setakat jadi wakil rakyat tetapi sebagai lubuk melombong 'emas'. Seorang wakil rakyat akan menjadi tampoknya sebagai tiket untuk merebut jawatan dalam parti dan sebagai pasport untuk mendapt habuan untuk mengisi tembolok masing-masing sebelum tidak dilantik lagi pada PRU seterusnya. Inilah mentaliti wakil rakyat UMNO peringkat kampungan mahupun peringkat nasional.

Masa menentukan bukti cemuhan ini. Rekod yang lepas terbukti sudah. Beberapa siri 'wayang kulit' telah ditayang dan akan menunggu masa tayangan. Kalau nak tengok menteri UMNO berketayap dan jubah putih, sila tunggu waktu tayangannya selepas hari penamaan calon.

Sumber: http://al-brangi.blogspot.com

 
Load Counter