MENGAPA HUSAM SERING DIKRITIK?

Barulah saya tahu kenapa MSO marah sangat dengan Husam Musa. Pada satu masa dahulu, Kerajaan Negeri Kelantan telah melancarkan projek penternakan kambing di Kelantan. Maka datanglah MSO bersama seorang Dato' bernama Dato'A untuk membuat tawaran "supply" kambing kepada kerajaan Kelantan.

Pada awalnya, tawaran MSO+Dato A ini, bagi baka Jama Lapari yang Betina dan Bunting adalah RM 600 seekor. Tetapi, apabila mereka membuat tuntutan pembayaran, MSO dan gengnya telah memberikan tuntutan sebanyak RM1600 seekor. Oleh kerana ini adalah projek kerjasama antara portfolio Husam dan Exco Pertanian, Dr Nik Mazian, maka Husam telah memberitahu kes ini kepada Dr. Nik Mazian. Lantas dicadangkan oleh Husam, serta dipersetujui oleh Dr Nik, bahawa perlu dicari sebutharga dari sumber lain.

Apabila dicari sebutharga dari sumber lain, yang paling mahal dari berbagai sebutharga adalah RM900 seekor. Maka, Kerajaan NEgeri Kelantan TIDAK JADI mengambil kambing dari MSO+Dato A. Dato' A ini pula kemudiannya didapati ada kena mengena dengan Khir Toyo, yakni seorang yang rapat dengan UMNO Selangor. Dan Khir Toyo adalah arkitek kepada cadangan Kerajaan Perpaduan Melayu UMNO-PAS di Selangor selepas PRU ke 12 baru2 ini. Dato A ini pula selepas ini telah menyaman Akademi Keluarga kerana penolakan Kerajaan KElantan untuk membeli kambing dari beliau tapi saman Dato A ini telah tolak mahkamah. Dengan kata lain, MSO marah kepada Husam Musa bukan kerana dasar perjuangan atau PAS.

MSO marah kerana projek kambing beliau telah digagalkan oleh Husam Musa kerana Husam Musa lebih rela jatuh dari membazir wang rakyat sebegini rupa. Ini juga menunjukkan bahawa MSO telah lama berkerjasama dengan orang2 UMNO bagi tujuan ekonomi dan tidak menjadi satu perkara yang menghairankan apabila MSO menyokong usaha membawa PAS kepada UMNO.

Baca seterusnya ---> http://www.malaysiawaves.com/2009/06/baru-saya-tahu-kenapa-mso-marah-sangat.html

 
Load Counter