DUN Perak akan bubar

PARIT BUNTAR, 22 Julai : Kempen supaya DUN Perak dibubarkan terus diperkasa melalui program-program yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat. Ini berikutan desas-desus pembubaran DUN Perak bakal menjadi kenyataan dengan analisis-analisis yang dibuat oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamhari. Menurut Yunus berkata kemungkinan besar pembubaran DUN selepas hari raya. Diberitakan juga UMNO/Barisan Nasional tidak mampu lagi berhadapan dengan Pakatan Rakyat khususnya apabila Sidang DUN Perak diadakan untuk pembentangan Bajet Negeri 2010.

Beliau berkata demikian ketika memberi ucapan dihadapan kira-kira 100 penyokong PAS pada Sabtu lalu sempena Majlis Kesyukuran Kemenangan PAS di Manek Urai anjuran PAS Cawangan Pekan Bagan Tiang dan Kuala Bagan Tiang.

"Pakatan Rakyat di kawasan Parit Buntar khususnya terus-menerus mengadakan kempen ini kerana mahukan hak memilih kerajaan diberikan mandat oleh rakyat. Antara program terdekat adalah Ceramah Bubar DUN Perak yang dianjurkan oleh PKR Bahagian Parit Buntar pada 23 Julai ini jam 9.00 malam di Kuala Kurau. Ceramah pada malam tersebut bakal menampilkan Ketua Wanita PKR, Hajah Zuraida Kamarudin, Speaker DUN Perak, V.Sivakumar dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr Mujahid Yusof Rawa."Katanya

Sementara itu Ketua Penerangan Pemuda PAS Parit Buntar, Hairul Nizam Ishak berkata berdasarkan maklumat yang diperoleh baru-baru ini dijangkakan kemungkinan besar DUN Perak dibubarkan selepas Aidilfitri. Ini berikutan keadaan negeri Perak yang semakin rumit pentadbirannya serta lawatan-lawatan rasmi pimpinan tertinggi UMNO yang semakin kerap hadir merasmikan Mesyuarat Agung UMNO bahagian termasuklah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Dikatakan antara perkara yang dibincangkan adalah tentang pembubaran DUN.

Menurutnya satu himpunan besar-besaran sempena Bubar DUN pada 2 Ogos ini. Dewan Pemuda PAS Negeri Perak akan mengadakan Himpunan Pemuda Perak sempena bubarkan DUN yang akan berlangsung di Masjid Tinggi, Bagan Serai pada jam 11.00 pagi. Seluruh pemuda diseru hadir ke himpunan ini dengan berbaju hitam sebagai tanda sokongan agar DUN Perak ini dibubarkan dengan segera. Dijangkakan lebih 2000 pemuda akan hadir dari seluruh Perak.

"Para pemimpin yang dijangkakan hadir pada hari tersebut ialah dua Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub dan Dato' Mahfuz Omar, Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasaruddin Hassan dan ramai lagi. Sekiranya andaian bubar DUN selepas Aidilfitri ini benar maka seluruh jentera PAS disemua peringkat diminta bersiap sedia menghadapi pilihanraya," ujarnya mengakhiri perbualan.

Sumber: http://paritbuntar.pas.org.my

 
Load Counter