Lagi banyak isu......lagi kuat Pakatan Rakyat.

Isu babi di Kedah yang menyebabkan DAP Kedah keluar Pakatan Rakyat adalah satu isu yang amat dinantikan oleh UMNO.

UMNO amat mengharapkan 2 perkara berlaku iaitu :

a) Keluar kenyataan dari PAS, bahawa DAP tidak diperlukan dalam Kerajaan Kedah. Tanpa DAP, Kerajaan Kedah berjalan seperti biasa tiada tergugat.

b) Keluar kenyataan dari DAP, bahawa PAS menindas golongan minoriti ( Cina). PAS tidak menghormati hak-hak golongan minoriti.

Di sinilah peranan pimpinan Pakatan Rakyat untuk menyelesaikan masalah. Lagi banyak isu, lagi bagus dan baik buat PR. Mengapa ? Ini akan mempenbanyakkan pertemuan antaran pimpinan PR. Ianya juga sebagai medan berbincang, bermesyuarat, bertukar fikiran dan mendekatkan lagi hubungan antara parti.

Tidak dinafikan dalam setiap pari ada segelintir golongan yang suka buat onar. Tidak merujuk kepada pimpinan parti masing-masing. Bertindak sendirian.

Dalam PAS ada golongan ultra Melayu, dalam DAP ada golongan chauvinis Cina dan dalam PKR pun ada yang masih "berdarah" UMNO.

Semua kerenah mereka perlu pihak pimpinan parti tangani dengan baik dan cermat. Ini kerana akibat perbuatan mereka menyebabkan ianya menjadi bahan tawa rakyat Malaysia. Misalnya kes babi di Kedah.

Adakah patut kerana kandang babi, DAP Kedah sanggup keluar PR ? Malulah sikit kat budak-budak tadika weeh!

Sumber: http://tokpepijat.blogspot.com

 
Load Counter