Manik Urai: Meletihkan

Pekan Kuala Krai sesak teruk semalam. Penuh dengan pelancung-pelancung politik yang datang untuk menyaksikan pesta pilihanraya kecil. Untuk menjadi sebahagian daripada pendemonstran…dalam pertunjukan siapa lebih kuat.

Dan semalam…Pas dan Pakatan rakyat nyata lebih kuat. Lebih sepuluh ribu penyokong Pakatan Rakyat yang hadir, berbanding sejumlah kecil penyokong BN. Ramai yang minta untuk disiarkan gambar-gambar sebelah sana…supaya dapat dijadikan bukti bahawa kehadiran penyokong BN jauh lebih sedikit.

Itu yang gagal kami lakukan. Selepas tamat penamaan calon, kami berkumpul dan masing-masing bertanyakan..”macam mana sebelah sana?”.

Pertama..bukan senang untuk kesebelah sana kerana polis memisahkan kedua-dua penyokong. Mungkin satu taktik untuk menghalang penyokong PR dari mengambil gambar penyokong BN. Mungkin mereka malu kerana jumlah mereka yang sedikit. Malah selepas penamaan calon, Bandar Kuala Krai dipenuhi dengan penyokong PR..hampir tiada penyokong BN. Depa kemana?

Aku tak ikut didalam kemeriahan pesta penamaan calon semalam. Hanya duduk dalam kereta dipekarangan Masjid Al Jauhar…mengurus Cover-it-Live. Semua gambar dan maklumat dihantar oleh team Perakex, Sya, Anaz dan Cyberboron yang berada dikelompok terbanyak itu. Kalau nak bagi kredit…mereka bertiga lah yang layak menerimanya. Aku dah tak minat dengan pertunjukan siapa kuat ini.

Aku dah fobia bila tengok Unit Amal…bila tengok petugas keselamatan Pas. Dan aku sudah berhenti dari mengambil gambar dalam mana-mana majlis Pas. Dan aku tak akan mengeluarkan notebook untuk mencatit apa-apa. Sebab semua tindakan ini akan mengundang perkara-perkara yang melecehkan. Sebab aku pasti…mesti ada petugas yang memandang serong..ingatkan aku SB.

Mungkin lain kali…aku kena pakai jubah dan kopiah putih. Kemudian pakai vest yang berlambangkan parti-parti Pas, PKR atau DAP.
Semalam ada beratus SB. Ada yang pakai jubah…ada yang pakai serban. Tapi sapa pun tak kacau depa. Tapi bila krew Perakexpress ambil gambar…ambil video…ada saja petugas yang kacau. Memandang kami macam nak makan orang…cakap kasar. Aku heran.

Anaz dan Sya bernasib baik kerana ramai pemimpin Pas mengenali mereka. Cuma bila mereka dilihat bercakap dengan Husam…dengan Pegawai Khas Nik Aziz..barulah mereka mendapat layanan yang mesra sikit.

Aku tau..pembaca Perakex kebanyakannya adalah penyokong PR. Dan ramai yang mahukan lebih banyak gambar..malah ada yang mahukan live video semalam. Tapi ramai yang tak tahu macam mana perasaan kami setiap kali membuat laporan macam ini. Kadang-kadang tak tahan kena sindir..kena perli oleh petugas-petugas parti. Buat kerja pun tak seronok.

Kadang-kadang aku tak faham. Penyokong satu hal…pemimpin juga satu hal. Perangai penyokong disebabkan oleh perangai pemimpin.

Ramai pemimpin PR asyik menyalahkan media arus perdana kerana memutarbelitkan berita. Tapi bila buat sidang akhbar… akhbar-akhbar ini juga lah yang mereka jemput. Dan mereka seronok kalau dapat masuk Berita Harian atau TV3!!

Aku perhatikan bila Sya mengambil gambar penyokong-penyokong. Ada yang terjerit..”bubuh muka depan!!”. Huhhh! Suratkhabar mana yang nak bubuh muka penyokong PR kat muka depan?

Bila Anaz ambil video..ada yang bertanya…”RTM ke TV3?”. Pirrah. Kalau gambar penyokong yang keseronokan…mana ada TV nak siarkan! Lain la kalau gambar penyokong Pas bergaduh ka..buat perangai tak senonoh ka..baru depa siar.

Semasa aku buat live reporting…aku letak laptop kat belakang kereta. Dikeliling aku penuh dengan anggota-anggota Unit Amal…dekat sepuluh orang. Semuanya perhati dari jauh dengan wajah sinis. Bila bercakap…dok kerling aku. Sekitar pukul 10.30 pagi…depa mula mengedarkan air mineral dan nasi bungkus. Siapa saja yang ada di pekarangan masjid tersebut..mesti dapat. Kecuali aku!!

Perut lapar…tekak dah kering…apa salahnya kalau hulor kat aku sebotol air sejuk?

Cuma bila ada sekumpulan penyokong-penyokong DAP dari Perak balik dari tempat penamaan calon…dan datang bersembang dengan aku, barulah petugas-petugas Unit Amal ni datang bertanya kat aku..”Pak Cik dari mana?”

Baru la masing-masing pakat dok kerumun. Baru la masing-masing dok tanya..”Perak macam mana?”

Pirrah…perut aku lapaq. Tak larat nak jawab.

Sumber: http://perakexpress.com/www/

 
Load Counter