MUNGKIN ADA PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN SELAIN POLITIK WANG

Setiap kali Pilihanraya berlaku PR sering mendakwa terdapatnya pengundi hantu yang dibawa oleh BN bagi membantu mereka memenanginya. Tetapi kali ini tiada kedengaran isu tersebut. Sebaliknya pemimpin PAS hanya menuding jari kepada politik wang dan ugutan serta penyalahgunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah.
Mungkinkah PRK Manek Urai bebas dari sebarang kerja jahat BN dan SPR dari segi penipuan pengundi hantu.
Biasanya pada hari pengundian kita akan mendengar rungutan seperti nama hilang dari daftar pemilih, ada orang mengundi bagi pihak orang lain, pemilih didakwa sudah mengundi, penahanan pengundi-pengundi yang mencurigakan, penahanan bas-bas dan kereta-kereta yang disangsikan dan sebagainya.

Namun kali ini semua perkara di atas tidak kedengaran. Mungkinkah ianya tidak berlaku langsung atau kita tidak berjaya mengesannya?
Walaupun begitu saya yakin jentera PAS Kelantan mantap dan berupaya mengesannya jika ia benar-benar berlaku kecuali BN menggunakan taktik baru yang sukar dikesan. Contohnya menggunakan pertolongan kerajaan langit Ayah Pin dan sebagainya.

Saya secara peribadi tidak percaya 100 % kepada tidak adanya penipuan dan penyelewengan pada kali ini. Jangka masa sebulan lebih antara tarikh meninggalnya Pak Su Wil dan tarikh penamaan calon dan pengundian sudah tentu membolehkan segala gerakerja jahat BN dilakukan dengan wewenang.
Atau apakah jentera Pilihanraya PAS Kelantan yakin 100 % bahawa tidak adanya pengundi hantu dan penipuan lain dilakukan secara konspirasi antara BN dan jentera kerajaan lain yang sudah diketahui umum bekerja membantu BN sejak sekian lama.
Saya harap Post Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Kelantan dapat mengenalpasti segala kelemahan dalaman, penipuan dan penyelewengan BN dan kuncu-kuncunya ini.

Sumber: http://mutaligat.blogspot.com/

 
Load Counter