Terkini: ADUN Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman Dari PAS Meninggal Dunia Pagi Ini

GEORGETOWN [8.30 am] - Satu pilihanraya kecil bakal diadakan sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang. Ia berikutan satu berita mengejutkan telah kami terima sebentar tadi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman (foto), dikatakan telah meninggal dunia pagi ini. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. ADUN PAS dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNya.

[Bagai ada yang tersirat, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil bakal diadakan dalam kawasan yang sama iaitu Parlimen Permatang Pauh. Jika di Penanti baru-baru ini UMNO dan BN tidak meletakkan calonnya atas alasan yang pelbagai. Kini, apakah mereka berani mempetaruhkan nasib mereka di Permatang Pasir agaknya?. Melihat sokongan rakyat "hantu" di Manek Urai, pemimpin UMNO mendabik dada kononnya mereka menang dihati rakyat. Walhal, mereka hanya syok sendiri sebenarnya. Selamat bertemu kembali, Permatang Pauh. Perjuangan rakyat masih belum selesai !!].

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

 
Load Counter