Cabaran Bodoh Ali Ketam terhadap Hasan Ali..

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam mencabar Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali keluar dari pakatan pembangkang jika dia memiliki niat yang betul, dan serius untuk menegakkan agama Islam dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau berkata sekiranya PAS juga serius dengan apa yang diperjuangkan, parti itu perlu keluar daripada Pakatan Rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh DAP di Kedah baru-baru ini.

"Barulah 'gentleman' jika DAP Kedah sanggup keluar dari pakatan, PAS juga boleh keluar di Selangor, boleh lihat siapa lebih hebat PAS atau DAP," katanya selepas merasmikan majlis penutup hari keluarga Kelab Media Massa Melaka (KEMM) di sini pada hari Sabtu.


Bai : Mengapa pulak nak jadi "Bodoh" macam luu...sampai YB Hassan nak keluar Parti..Itulah kelebihan Pas yang dasar partinya Islam,suara kebenaran akan dilaungkan kalau ada sesiapa sahaja baik kawan atau pun lawan yang cuba memperkotak-katikkan syariat islam,walaupun mereka orang melayu atau orang kafir.

Bukan macam Umno dan Ali Ketam,terbukti rasuah pun masih dapat memperbodohkan orang melayu Umno..mengapa Umno dan Ali ketam membisu dan menjadi pondan siam dalam kes babi di Melaka,pernahkan pemimpin Umno selama 50 tahun memerintah bersuara dan memberi amaran kepada kaum lain seperti YB Hassan Ali,Piii..dah..Bukannya nak larang malah menambahkan lagi lesen dan kilang Arak diselangor ada lah.Cakap siang pandang-pandang dan cakap malam dengar-dengar.

Statistik yang mengejutkan apabila ramai dikalangan anak-anak orang melayu ketagih arak kerana mudahnya mereka untuk mendapatkannya di kedai-kedai dan ketiadaan undang-undang yang melarang perkara itu dilakukan,ini sebenarnya kerja siapa?Adakah mereka minum arak 11 bulan yang lepas,apabila bermulanya pemerintahan PR?

Sudah pastinya budak tadika pun boleh jawab..tentulah perkara ini disuburkan oleh kerajaan BN khususnya Umno yang telah diberikan nyawa selama lebih 50 tahun..tetapi malang,amanah yang Allah berikan mereka nodai dengan menyuburkan lagi budaya meminum arak,judi dan hiburan yang melampau..

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter