Demi Ketuanan Rakyat...... pangkah PAS!!!

Seperti mana yang semua orang sedia maklum.... hari ini 25 Ogos ialah hari membuang undi bagi PRK N11 Permatang Pasir untuk memilih ADUN baru setelah perginya Allahyarham Mohd Hamdan Abdul Rahman, ke rahmatullah pada 31 Mei yang lalu.

First-first... M3M nak mengucapkan "Selamat Mengundi" kepada semua warga Permatang Pasir. Harap-harap semua warga Permatang Pasir yang berdaftar sebagai pengundi akan keluar untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Keluar jangan tak keluar!!! Undi jangan tak undi sebab undi anda bakal menentukan siapakah ADUN yang akan mewakili anda dan yang akan menjadi pemimpin anda di sana.

Pertandingan kali ini menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara PAS dan UMNO. Pas diwakili oleh Ustaz Salleh Man, manakala UMNO pula mempertaruhkan calon kontroversi Rohaizat Othman.

Kepada para pengundi N11 Permatang Pasir..... M3M berharap hangpa semua pangkahlah calon yang amanah serta bersih dari sebarang skandal. Calon yang boleh jadi pemimpin rakyat yang bekerja hanya untuk rakyat. Ya.... calon yang sanggup BERTUANKAN RAKYAT bukan sebaliknya!!!

Jangan pi pilih calon yang plastik.... berpura-pura baik tapi nawaitunya mahu menjadi YB, hanya untuk dijadikan batu loncatan bagi mengejar pangkat, kuasa dan kemewahan dunia. Ini jenis calon yang mahu dirinya menjadi TUAN KEPADA RAKYAT.

Oleh itu.... demi semangat KETUANAN RAKYAT....undilah....


Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter