PAS, BN umum calon pada 14 Ogos

Permatang Pauh, 12 Ogos - PAS dan Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calon untuk Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N11 Permatang Pasir secara serentak pada 14 Ogos ini. uma waktu sahaja yang membezakan pengumuman tersebut di mana PAS akan mengistiharkan nama calonya di Pusat Khidmat Dun yang juga Markas Besar Pilihan raya Kecil pada sebelah malam manakala Umno dan BN pada sebelah petang di Pejabat Umno Bahagian Permatang Pauh atau di Kampung Kota.

Harakahdaily dimaklumkan, PAS akan diumumkan oleh Presidenya, Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang dan Umno oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyidin Yasin bersama dengan Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato' Seri Zahid Hamidi. Pada 14 Ogos ini semua teka teki siapa calon kedua-dua parti akan terjawab di mana sekarang ini masih berlegar-legar nama seperti Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Permatang Pauh, Zaidi Said dan Peguam muda, Rohaizat Othman menjadi sebutan tertinggi.
Tetapi, kena ingat kedua-duanya mempunyai rekod tersendiri dan akan terdedah bilamana salah seorang akan dinobatkan sebagai calon nanti. Sementara itu, PAS pula antara nama yang disebut-sebut ialah Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man, bekas Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan peguam muda, Rosidi Husin selain nama bekas Pegawai Khas Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman Saudara Shamsul Kamal Shafiee.

Namun apa pun kena tunggu keputusan terakhir yang akan menentukan siapakah calon yang dimaksudkan untuk merentap di Dun berkenaan pada 25 Ogos itu nanti. Walaupun hari penamaan calon tinggal empat hari lagi iaitu pada 17 Ogos namun ramai kepimpinan kelihatan datang mencari tempat tinggal sekaligus membantu calon masing-masing.

Di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh di Sungai Semambu setiap hari khasnya pada sebelah malam bagaikan ada pesta berlangsung banyak kereta bernombor pendaftaran luar tersadai di tepi jalan atau menjalar ke sana ke mari merentasi kampung. Bagi PAS siapa pun calonnya, yang penting ialah pertingkatkan jentera supaya Dun ini terus menjadi milik parti Islam dan tidak sekali-kali Umno dan BN berjaya mengurangkan majoriti sepertimana yang berlaku di Pilihan raya Kecil Manik Urai, Kelantan.

Sumber: http://www.harakahdaily.net/

 
Load Counter