SIAP SEDIA KE PERMATANG PASIR !

Walaupun Permatang Pasir ini juga merupakan kubu kuat PAS/Pakatan Rakyat kerana semenjak tahun 1999 Allahyarham Datuk Hamdan memenangi kerusi ini. Manakala dalam PRU 12 yang lalu PAS/PR memenangi kerusi ini dengan majoriti melebehi 5000 undi.
Namun begitu petugas parti tidak harus leka dengan angka-angka tersebut kerana kita sedia maklum bahawa Umno/BN akan melukakan apa saja untuk memenangi hati rakyat pada ketika ini walau pun dengan melakukan tindakan yang tidak wajar dan bermoral. Mereka bakal menabur pelbagai janji dan ayat,
Semua ahli PAS diminta bersiap sedia bagi menghadapi PRK DUN Permatang Pasir. Umno/BN telah mengeluarkan kenyataan awal bahawa mereka akan masuk bertanding dalam PRK ini untuk merampas kerusi tersebut yang telah dimenangi oleh PAS sejak tiga penggal yang lalu.
Alhamdulillah kita dimaklumkan bahawa jentera PAS terutamanya di Unit Peti Undi (UPU) tidak pernah dibubarkan di keseluruhan Parlimen Permatang Pauh iaitu di Permatang Pasir, Penanti dan Seberang Jaya.
Malah ia sentiasa bergerak sebagai satu pasukan dengan jentera Parti Keadilan Rakyat Malaysia (KeADILan) Cabang Permatang Pauh sejak Pilihan raya Kecil Permatang Pauh dan Penanti.
Pimpinan PAS tempatan juga sedang menyenaraikan pelbagai isu untuk digunakan oleh penceramah kita sebarkan dalam kempen nanti.
Selamat berjuang.

Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

 
Load Counter