Sindrom "Getik" (Meluat) Kini Melanda Masyarakat - YB Nizar Jamaluddin

Pagi tadi, sekali lagi YB Haji Nizar menyampaikan kuliah subuh di Masjid Gopeng,sudah semestinya kesempatan ini dimenafaatkan oleh para jemaah untuk mendapatkan maklumat yang terkini dari beliau.

Tegas beliau "Kini Sindrom Getik (Meluat/Benci) telah menular dikalangan masyarakat di Negara ini,disebabkan sikap egostik pemimpin Umno dan kekerapan mereka membelakangi suara dan kehendak rakyat masa kini.Kekalahan yang memalukan mereka dalam PRK di Bukit Gantang,Kuala Terengganu,Manek Urai,Bukit Selambau dan yang terkini di Permatang Pasir adalah isyarat jelas daripada rakyat dalam Merealisasikan "Kegetikan" mereka terhadap kerajaan BN ini,"Katanya.

Sikap kerajaan BN,khasnya Umno yang membelakangkan Ai-Quran dalam sistem pemerintahan mereka adalah sebab datangnya bala Allah dalan negara ini, dan Allah telah membolak balikkan hati manusia untuk "Getik" kepada mereka ini."Mengapa Air,Cahaya matahari dan angin yang turun dari langit kita perlu dan gunakan dalam kehidupan,Tetapi Al-Quran yang juga turun dari langit kita tidak gunapakai,Inilah satu-satunya kemurkaan Allah terhadap kita," tegas beliau lagi.

Para Hadirin sentiasa memberikan tumpuan..Baju Putih
yg segak tu, Sdr Tommy Tmb. Ketua AMK Bahagian Gopeng.


Apabila ditanya mengenai Pembubaran DUN pada bulan November ini.Beliau menyatakan bahawa "Pembubaran DUN" mesti dilakukan oleh kerajaan Zambry.Ini kerana persidangan DUN pada 7.5.09 akan cukup tempoh 6 bulan pada tarikh 7.11.09.

Oleh yang demikian,Persidangan DUN mesti diadakan.Sekiranya pihak Kerajaan BN tidak melakukannya,maka belanjawan negeri tidak dapat dibentang,dibahas dan diluluskan oleh dewan,ini akan menyebabkan 7800 kerajaan negeri Perak tidak dapat dibayar gaji pada tahun hadapan dan segala peruntukan kerajaan negeri kepada penduduk negeri Perak juga akan terhenti dan akan menyebabkan berlakunya kepincangan dalam setiap sistem pentadbiran di negeri Perak ini.


Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatian hadirin,
sehingga mereka tergelak kecil.Blogger Manjadda
berketayap putih dan berbaju putih tu..turut hadir


Beliau juga ada menyatakan,terdapat beberapa Ahli Parlimen Umno yang berjumpa beliau semasa sidang di Parlimen yang mereka juga berharap agar DUN Perak dibubarkan kerana kemelut yang melanda Perak akan bertambah kusut sekiranya Pembuburan tidak Dilakukan.

Sudah 7 Pilihanraya Kecil diadakan,semuanya berpihak kepada PR..dan rakyat berpuashati dengan setiap keputusan,kerana ini adalah kehendak rakyat.Untuk itu sudah semestinyalah Kerajaan Zamry peka dan bukannya Pekak tentang kehendak dan keresahan rakyat Perak masa kini.


Bai : Sendiri Mau Ingat ma..

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter