SPR Terus Diperkuda Umno-BN

Tindakan terbaru Surahjaya Pilihan Raya (SPR) melepaskan Barisan Nasional dari dikenakan sebarang tindakan kerana menyalahgunakan kakitangan kerajaan memperlihatkan suruhanjaya berkenaan terus menjadi ‘kuda tunggangan' Umno.

Naib Presiden Pas Datuk Mahfuz Omar berkata, bukan di Permatang Pasir sahaja tetapi dalam setiap pilihanraya bukan sahaja JKM di’Umno’kan, malah banyak lagi agensi kerajaan seperti Angkatan Tentera Malaysia (ATM), KEMAS, RISDA, PERDA, KADA turut terlibat.

Tindakan Pegawai SPR Pulau Pinang Sulaiman Abdullah melepaskan mereka begitu sahaja dengan tidak menyiasat bersama penglibatan langsung agensi-agensi kerajaan terbabit membuktikan SPR tidak serius memastikan pilihanraya kecil N11 Permatang Pasir bebas, adil dan demokratik.

“Adakah SPR mahu terus dilihat ‘kuda tunggangan Umno’ sebagaimana agensi-agensi kerajaan terbabit? Saya minta SPR menyatakan pendirian serius dan terbuka berhubung insiden di Bilik Gerakan BN Samagagah semalam,” katanya.

Semalam SPR membuat serbuan di bilik gerakan berkenaan dan mengesahkan bahawa terdapatnya penyalahgunaan kakitangan kerajaan iaitu lima hingga enam pegawai JKM di sana.

Bagaimanapun, tiada sebarang tindakan lanjut dan siasatan diambil SPR malah apa yang lebih mengejutkan mereka dilepaskan begitu sahaja.

Mahfuz berkata, tindakan Umno-BN memperkudakan agensi kerajaan membuktikan parti berkenaan tiada kekuatan fizikal sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada kerajaan.

“Ini menunjukkan selama ini bagaimana pembaziran wang rakyat yang telah dibelanjakan oleh BN dengan menggunakan agensi kerajaan bagi kepantingan politik Umno dan BN. Umno selama ini bukan bergantung kepada kekuatan fizikal partinya tetapi bergantung kepada kerajaan,” katanya.

Mahfuz berkata, Penerangan Negeri telah menjemput calon Umno-BN Rohaizat Othman dan Yusri untuk menyertai jemputan khas Depat Perdana-Penjelasan Isu Pecah Amanah jam 10 malam ini.

Katanya, Yusri menyatakan persetujuan untuk menghadiri debat berkenaan dan sekiranya Rohaizat bersih, jujur dan benar beliau perlu menyatakan persetujuan yang sama.

Sumber: http://www.tvantara.com/v1/

 
Load Counter