Syarikat judi buat Cabutan Khas di bulan mulia

Sudah beberapa kali saya buat pendedahan tentang syarikat-syarikat judi yang membuat Special Draw atau Cabutan Khas semasa hampir ke tarikh Pilihanraya Kecil seperti di Manik Urai dan Permatang Pasir.

Tetapi, kali ini, lebih menyedihkan apabila kerajaan terus membenarkan syarikat judi membuat special draw di bulan ramadhan yang mulia ini.

Tidak cukupkah rakyat dibiarkan berjudi tiga kali seminggu pada hari sabtu, ahad dan rabu? Kini kerajaan terus benarkan syarikat judi ini membuat cabutan tambahan pula pada hari selasa unutk special draw lagi?

Tidakkah mufti-mufti tidak mahu bersuara tentang hal ini?

Jikalau syarikat-syarikat judi ini masih dapat membuat special draw di bulan ramadhan. Maka, kita janganlah hendak harapkan sangat untuk kerajaan meminta syarikat Genting menghentikan perjudian di bulan yang mulia ini demi menghormati ramadhan.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter