DATUK A RAHMAN HASSAN BERSAMA PAS?

Hadir atau tak hadir bukan suatu isu besar. Ia perkara biasa dalam kehidupan harian manusia. Namun hadir atau tak hadir bukan perkara biasa bagi dunia politik. Bila orang yang dijangka hadir tak hadir ia dianggap pelik. Begitu juga orang yang tak dijangka hadir tiba tiba hadir. Ia akan menjadi isu dan perhatian. Akan dikorek sampai ke akar umbi.... itulah dunia politik khususnya orang yang merupakan selebriti.

Dalam PAS bukan pelik akhir akhir ini golongan muda bersama PAS termasuk artis Rock.Penampilan Amy dalam majlis PAS, Siti Nurhaliza mengunjungi TG Nik Aziz apatah lagi peristiharan menyertai PAS oleh penyanyi Melissa di Kelantan dan selepas itu dilihat banyak dalam program PAS termasuk yang terakhir dalam persembahan di Taiping baru baru ini.

Ketika menyemak blog Sayuti, saya terjumpa gambar Datuk A Rahman Hassan bersama penyokong PAS. Saya tak tahu ia hadir bersama penyokong PAS atau umNO. Yang jelas Datuk A Rahman Hassan hadir dalam majlis penamaan calon. Samada untuk memberi sokongan kepada PAS atau umNO. Gambar itu cenderung kepada PAS.

Jika benar kehadiran itu tanda sokongan kepada PAS , ia petanda umNO akan terputus talian saluran satu yang selama ini menjadi talian hayat kepada umNO. Datuk A Rahman Hassan adalah orang kuat seni. Terlibat memimpin persatuan seni. Banyak peminat "orang lama". Jika benar...ia sesuatu yang menarik.... jJika ia hadir untuk bersama umNO juga menarik kerana keberanian bergambar dengan orang PAS yang tentu sedikit menarik perhatian.... . YANG PASTI BELIAU BERSAMA ORANG PAS. BERSAMA PAS???...KITA TUNGGU..

Sumber: http://anaksengat.blogspot.com

 
Load Counter