HARAM VS HALAL DI DUN PERAK

Kini Perak dalam bahaya, Perak dengan 2 Menteri Besar dan 2 Speaker, akan mengadakan mesyurat di tempat, waktu dan ahli yang sama, dua-dua speaker menjemput semua ADUN untuk hadir pada mesyuarat pada 28 Okt. 2009 - persidangan di khususkan untuk membincangkan budget 2010.

Kedua-dua kem - Haram dan Halal mengajukan pandangan dan pendapat yang kontra antara satu sama lain, masing-masing perlu menegakkan benang yang basah, kedua-dua kata mereka adalah kepimpinan yang sah untuk mengurus dan mentadbir Perak. Yang pasti mangsanya adalah rakyat.

Kehadiran dan ucapan YB Drs. Khalil Idham Lim bin ABdullah Adun Titi Serong / ketua Penerangan PAS Perak semasa Jamuan Hari Raya Aidil Fitri kelolaan Dewan Undangan Negeri Kampong Gajah pada 16 Oktober 2009 telah menjelaskan bagaimana Ganesan speaker lantikan BN menjadi speaker yang haram dan setiap tindakan dan perbuatannya untuk mengendali uruskan DUN Perak terbatal dan haram.

R. Ganesan speaker dari UMNO / BN, adalah seorang peguam yang masih sah dari segi perkhidmatan dan bernaung di bawah kelolaan Bar Council. Keanggotaan beliau di sahkan oleh pihak Bar Council. Sepatutnya beliau perlu meletakan jawatan sebelum menerima lantikan speaker tersebut.

Usul untuk melantik R. Ganesan juga di tolak oleh speaker ketika itu Sdr. Siva. Jadi tidak ujud usul untuk penggantian speaker, jadi pihak tertentu dengan menggunakan semua kemudahan, termasuk SU Kerajaan Negeri, Polis ( berunifom dan pereman ) serta bentara dewan mengusong Sdr. Siva dari kerusi speaker dan di " freezekan " sementara waktu dan ketika inilah pihak BN mengemukakan cadangan untuk perlantikan sdr. Genesan.

R. Ganesan juga tidak mengangkat sumpah sebagai speaker sebelum menjalankan tugas, SU DUN ketika itu ialah Sdr. Abdullah Antong. Jadi adalah sah, G. Ganesan tak layak dan haram menjalankan tugas sebagai speaker DUN Perak.

Kini kita tunggu dan lihat apa yang akan terjadi pada 28 Oktober ini. Berkemungkinan besar dewan Perak akan terbagi dua, satu persidangan halal dan satu persidangan haram.

Pada ketika inilah kalah pihak istana dapat menggunakan kuasa untuk membubarkan DUN Perak amat di nanti-nantikan oleh semua pihak khususnya rakyat Perak.

Sumber: http://gajahmenta.blogspot.com

 
Load Counter