Pemimpin Rasuah Pilihan Pengundi Bagan Pinang

Keputusan PRK Bagan Pinang secara rasmi sudah pun diketahui oleh umum. SPR mengumumkan calon BN, Isa Samad menang besar dalam pilihan raya kecil ini mengalahkan calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Omar dengan majoriti majoriti 5,435 undi. Isa memperolehi 8,013 undi manakala Zulkefly mendapat 2,578 undi. Dalam pilihan raya lalu, calon BN, Azman Mohd Nor mengalahkan calon PAS dengan majoriti 2,333 undi. Pilihan raya ini diadakan ekoran kematian Azman.


Kemenangan besar tersebut membuktikan pengundi di DUN Bagan Pinang memang menggemari pemimpin tak bermoral dan tidak berakhlak. Isa Samad memang terkenal dengan salah laku rasuah semasa pemilihan UMNO. Isa Samad jugalah yang mengarahkan kes khalwat Najib dengan seorang artis wanita di Port Dickson di tutup dari pengetahuan umum. Beginilah betapa hina dinanya pemimpin UMNO yang dipilih oleh pengundi DUN Bagan Pinang. UMNO memang menang dalam pilihanraya Bagan Pinang ini tetapi ternyata kalah dalam memerangi rasuah.

Dengan kemenangan Isa Abdul Samad yang sebelum ini telahpun disepak terajang oleh UMNO, mengakibatkan UMNO akan terus menerus angkuh mengamalkan rasuah. Kemenangan ini bakal menjadi satu lagi titik hitam dalam sejarah integriti negara. UMNO BN hanya beretorik dalam isu rasuah. UMNO BN sanggup memilih calon popular walaupun mempunyai masalah rasuah dan tidak bermoral hanya untuk mencari kemenangan setelah kalah 7 kali berturut-turut di semua pilihanraya kecil di semenanjung. Hakikatnya UMNO BN sudah kalah dalam memerangi rasuah yang sudah menjadi darah daging mereka.


Oleh : addin

 
Load Counter