Pi Mai Pi Mai..Pak Din Koboi Kena Bertanggungjawab...

Jambaten runtoh punya cerito ako punyo rombongen pulak terpakso dibatalken..itulah rungutan seorang kawan wa yang bekerja sebagai "Cikgu".Kelulusan dah dapek,duit udah dikutip,bas udah ditompah...tibo-tibo,dibatalken pulakkk...poningggg..katanya.

Inilah risiko yang terpaksa dihadapi oleh warga pendidik ekoran tragedi Jambatan Runtuh dalam Program "1 Malaysia 3 Nyawa" di Kuala Dipang tempoh hari. "Bukennyo berkaiten dongen sungei atau ayer pun,cumo lawaten ke Kuala Lumpur dan Malako,"rungut kawan wa dalam bahasa Rawanya,menampakkan ketidakpuasan hati beliau.

"Di KL ado jambaten dan di Melako pun ado jambaten,itu sobob tak buleh.."sampuk member gua yang seorang lagi.Cikgu tadi tergelak sambil menggaru kepala..."Jadi kalau ado aje jambaten tak buleh la.."tanya cikgu ni..Jawab member gua, Iyooooo....

Inilah bahana apabila kita melakukan sesuatu hanya atas dasar ingin menghabiskan peruntukan yang ada dan matlamatnya yang kaburrr..Mana mungkin dengan kapasiti 298 orang hanya 12 orang sahaja jurulatih yang disediakan,sudah pasti berlaku kesukaran untuk mengawal para pelajar yang hadir dari pelbagai kaum.

Ketahanan Jambatan yang baru 2 minggu siap,tanpa diperiksa ketahannya oleh JKR terlebih dahulu,sedangkan projek jambatan ini melibatkan pelajar sekolah sebagai penggunanya.

Mengapa pihak penganjur perlu membahayakan keselamatan murid,sehingga murid-murid terpaksa menyeberangi sungai sebanyak 6 kali sehari semata-mata untuk mendapatkan makanan yang disediakan oleh pihak penganjur yang terletak di kawasan seberang sungai.

Jangan ada pihak yang bertanggungjawab lari pula dari tanggungjawab apabila tidak berani berhadapan dengan kenyataan ini.Pihak guru dan jurulatih bukanlah individu yang selayaknya dipersalahkan kerana mereka cuma mengikut arahan PPD atau "Jambatan" Pendidikan Negeri yang segala sesuatu datangnya dari Kementerian di Putra Jaya taukehnya pulak Muhyiddin Yassin,jadi pi mai pi mai Pak Din Koboi yang perlu bertanggungjawab!!!

Bai : Seekor kuda terikat dan ditinggalkan disebatang pokok di kawasan
tragedi di Kuala Dipang..Jadi lu orang ingat sapa punya kuda tu.???


Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter