Bala, Jom Esok Hang Bercerita Lagi!!

Akhirnya cerita Balasubramaniam mengenai kisah pelariannya keluar negara itu telah tiba ke episod terakhir dalam Malaysia Today hari ini. Cerita di episod terakhir agak mengejutkan apabila Bala menyebut mengenai penglibatan adik PM Najib yang bernama Datuk Mohamed Nazim Razak itu dalam akuan sumpah berkanunnya.

Mungkin ramai orang, termasuk saya, masih tidak puas dengan cerita daripada Bala itu. Sebagai anggota SB, Bala pasti menyimpan banyak rahsia. Kisah yang dipaparkannya dalam Malaysia Today itu cuma secebis kisah dari semua yang diketahuinya. Mungkin bila tiba saat yang sesuai, Bala akan mendedahkan lebih banyak lagi cerita. Mungkin Bala akan bercerita sejauh mana hubungan Najib dengan Altantuya dan peranan Razak Baginda dalam hubungan terlarang itu. Mungkin Bala akan bercerita siapa 'tangan-tangan ghaib' yang namanya tidak disebut dalam mahkamah, tetapi memainkan peranan penting dalam usaha meletupkan Altantuya,.

Harap Bala tidak takut menceritakan segalanya. Apa nak takut, kerana sama ada dia bercerita sedikit seperti yang dibongkarkannya dalam Malaysia Today, atau dia bercerita banyak; namanya sudah dalam senarai 'wanted' SB. Jika Bala memahami Bahasa Melayu, dia perlu tahu tentang peribahasa Melayu 'alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan'.

Bala sudah mendedahkan secebis dari kisah mengenai dirinya. Bala patut bercerita lagi, mendedahkan semua yang diketahuinya. Dia boleh sambung cerita dalam Malaysia Today atau memilih mana-mana blog yang dipercayainya.

Bala, jom esok berceritalah lagi!!


~ pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter