DUN Kota Siputeh..Mengapa SPR Pulak Jadi Meroyan Nak Minta Tangguh Keputusan??

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meminta nasihat Peguam Negara berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kota Siputeh, Kedah.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata SPR akan meminta nasihat Peguam Negara bagi menentukan langkah seterusnya yang patut diambil berikutan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

"Kita perlu meminta nasihat daripada Peguam Negara terlebih dahulu mengenai langkah yang perlu diambil memandangkan ini kali pertama kes sedemikian berlaku dalam sejarah.

"Kita mahu lihat sama ada SPR menpunyai ruang untuk merayu kes itu kepada pihak yang lebih tinggi (Mahkamah Rayuan)," katanya kepada Bernama.

Apa punya pelik dan hinanya SPR hingga jadi meroyan dan terpaksa merayu ke Mahkamah Rayuan pulak.Sepatutnya ADUN Abu Hasan Sharif yang jadi meroyan.Sekalung tahniah diberikan kepada SPR yang kini telah menjelmakan diri mereka yang sebenar sebagai "Hantu Raya" belaan Umno dan Barisan Nasional.

Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter