JANGAN LAYAN UMNO/BN SEHINGGA PRU13 ! KHUSUS WAHAI PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT !

Tulisan 'Rayuan Jahat' oleh Dr. Asyraf Wajdi Dusuki ini disebarkan melalui akhbar Utusan Malaysia hari ini 1 November 2009.Janganlah lembut hati membaca tulisan yang manis dimulut tapi di belakang penuh dengan aktiviti rasuah,ugutan,hentaman dan kenyataan yang ingin merampas 4 negeri dengan cara paksa dan cara kotor.
Kalau nak perpaduan kenapa Kerajaan Perak dirampas cara kotor.Pada teman ,jawapan untuk berbincang perpaduan ialah BN/UMNO jangan ganggu pentadbiran dan jangan ugut/rasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat sehingga PRU13.
Kalau nak perpaduan pulangkan hak elaun ahli Parlimen dan Adun yang diselewengkan melalui JKP/JKKK BN sahaja.

Kalau nak perpaduan , beri ruang sekurang-kurang 1 jam untuk pemimpin Pakatan Rakyat memberi ucapan perayaan /pengumuman tertentu di stesyen TV/radio Kerajaan atau beri hak stesyen radio/tv sendiri.
Kalau nak perpaduan letak SPR dan SPRm di bawah parlimen.
Wahai pemimpin Pakatan Rakyat baik PAS,PKR,UMNO dan parti yang mahu setia dengan Pakatan Rakyat ,JANGAN LAYAN UMNO/BN SAMPAI PRU 13....FAHAM TAK ??!!??

nota : Baca sahaja jangan fikir dan ulas tulisan Dr Asraf di bawah :-

Oleh DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

KEPUTUSAN mesyuarat khas jawatankuasa Pas pusat Rabu lalu yang memutuskan untuk menutup rapat pintu perbincangan mengenai permuafakatan dan perpaduan antara UMNO-Pas pastinya menimbulkan pelbagai tanda-tanya.

Semua maklum bahawa mesyuarat khas tersebut diadakan lantaran tercetusnya polemik baru dalam kepemimpinan Pas yang terkait dengan tulisan blog Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahukan Pas dibersihkan daripada kelompok yang dikatakan masih kuat menyokong isu perpaduan.

Tidak cukup dengan keputusan ini ditubuhkan pula jawatankuasa disiplin untuk menyiasat kepimpinan Pas Selangor dan mana-mana pimpinan lain yang dikatakan cuba membuat persefahaman dengan UMNO. Persoalannya, mengapakah begitu sekali tindakan dan keputusan mesyuarat pucuk pimpinan Pas untuk menutup segala ruang dan peluang demi sebuah perpaduan? Apakah terlalu besar dosanya untuk menjalinkan persefahaman dengan UMNO yang merupakan parti terbesar mewakili Melayu-Islam? Atau adakah kerana kepentingan politik, kita sanggup menggadaikan prinisp agama yang jelas menekankan aspek kesatuan?

Sememangnya sejak isu permuafakatan Pas-UMNO ini meletus, terlalu banyak suara sumbang dan prejudis mempersoalkan kewajaran permuafakatan di antara dua parti Melayu-Islam terbesar iaitu UMNO dan Pas. Tidak kurang juga yang berlagak bagaikan Tuhan seolah-olah mampu menerobos masuk jauh ke sudut hati manusia lantas mempersoalkan keikhlasan di sebalik kesedian dua parti untuk duduk berbincang.

Sebagai orang Islam kita tidak ada pilihan melainkan wajib menyokong penuh segala usaha ke arah permuafakatan dan pertautan ukhuwah sesama Islam. Ini kerana tuntutan agama jelas mengisyaratkan bahawa penilaian tahap keimanan manusia diukur berasaskan kepada sejauh mana seseorang itu memartabatkan nilai persaudaraan sesama umat Islam. Ini jelas diisyaratkan Nabi Muhammad saw dalam hadis: Tidak beriman seseorang sehinggalah dia menyintai saudaranya sebagaimana dia menyintai dirinya sendiri (Sahih Bukhari).

Sebab itulah dalam Islam jika berlaku pertelagahan sekalipun, adalah menjadi suatu kewajiban untuk umat Islam mencari jalan ke arah perdamaian. Firman Allah: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu; dan bertawakallah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Al-Hujurat: 10)

Penegasan Allah dalam ayat ini cukup jelas mengisyaratkan peri-pentingnya membuka pintu seluas-luasnya ke arah sebarang usaha mencari titik persamaan dan permuafakatan. Sebaliknya menutup pintu rapat kepada sebarang ruang perbincangan demi mencapai suatu persefahaman dan permuafakatan sesama Islam hanya akan mengundang kemurkaan Allah.

Kadangkala kita merasa hairan dengan sikap segelintir pemimpin parti yang lebih senang mengambil hati orang bukan Islam sehingga tergamak meminggirkan orang Islam sendiri. Malah ada yang meletakkan seribu satu dalih dan syarat apabila nak berbincang sesama Islam. Sebaliknya tiada pula sebarang syarat yang dikenakan untuk duduk semeja dengan orang bukan Islam.

Sikap mengutamakan orang bukan Islam melebihi sesama Islam inilah yang mengundang kemurkaan Allah sebagaimana terkandung dalam al-Quran: Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang- orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman, dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun. (Ali ‘Imran: 28).

Teringat penulis ketika bertanyakan hal ini kepada seorang sahabat yang turut aktif dalam kepimpinan pemuda Pas. Jawabnya mudah, syarat utama untuk Pas menerima UMNO ialah mereka mesti menerima Islam sepenuhnya. Lalu dibacakan kepada saya ayat Allah yang sering dijadikan hujah menolak UMNO: Wahai orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi segala hukum hakamnya) secara keseluruhan (Al-Baqarah:208).

Persoalannya apakah Pas meletakkan syarat yang sama ketika mereka bersetuju untuk bersama dengan PKR dan DAP dalam membentuk pakatan pembangkang? Apakah parti-parti yang didominasi puak sekular ini menerima Islam sepenuhnya sebagaimana anjuran ayat al-Quran yang sering menjadi hujahan Pas menolak UMNO itu?

Memang mudah mengeluarkan ayat-ayat Allah untuk menjustifikasi tindakan dan perbuatan. Bahkan dalam sejarah awal pertembungan politik sesama Islam di zaman Saidina Ali dulupun tidak sedikit mereka yang menggunakan slogan berpandukan ayat Allah untuk melancarkan kempen memerangi kerajaan pimpinan Khalifah Ali Abi Talib.

Puak Khawarij secara terbuka mengangkat senjata melawan Khalifah dan menkafirkan sesama Islam dengan berkempen: Tidak ada hukum melainkan hukum Allah. Slogan ini berpandukan ayat al-Quran, Sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah maka mereka itu orang-orang yang kafir (Surah al-Maidah, ayat 44). Namun Sayidina Ali pantas menepis hujahan tersebut dengan kata-kata tersohornya: “Satu slogan yang benar, tetapi dengan tujuan yang batil”.

Fenomena Khawarij ini tampak turut meresapi umat Islam hari ini. Api kebencian dan permusuhan seringkali disemarakkan dengan nilai prejudis yang begitu mengakar di kalangan umat Islam seantero dunia ketika ini. Lebih mendukacitakan apabila ayat-ayat suci Allah terus digunakan bagaikan senjata ampuh bagi menjustifikasi persengketaan yang langsung tidak menepati tuntutan Rabbani.

* Tujuan Umno adalah untuk pecah belahkan Pakatan Rakyat. PAS berjalan dilandasan yang benar apabila tidak bersekongkol dengan Umno/BN yang sudah banyak melakukan kezaliman senyap terhadap rakyat.

Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com/

 
Load Counter