United We Stand... Divided We Fall

Kekadang...mengambil langkah mendiamkan diri adalah lebih baik daripada bercakap. Apabila kita bercakap... apa yang kita cakapkan tu akan diputarbelitkan oleh media, terutamanya media penjilat. Oleh itu, lebih baik bisukan diri. Bak kata orang putih... silence is golden.


Kemelut yang berlaku di Kelantan memang menggusarkan kita. Pelbagai persoalan bermain dalam fikiran. Fitnah berlaku pada individu-individu yang kita sanjung tinggi terutama Tok Guru Nik Aziz. Mungkin ini satu ujian... tapi setakat ini nampaknya Kelantan masih ok. Kalaulah ada mana-mana pihak yang ada pasang niat untuk menghuru-harakan Kelantan... please forget it. Sia... sia saja.

Dalam banyak-banyak Melayu di Malaysia, aku rasa Melayu Kelantanlah yang paling matang berpolitik. Mereka tahu apa yang mereka mahukan.... siapa yang mereka mahukan dan bagaimana nak mendapat apa yang mereka mahukan. On top of that.... mereka jenis yang tabah dan tahan diuji serta tak mudah menyerah kepada ugutan dan tekanan politik terutama dari segi kebendaan.


These highly respected tokoh di Kelantan yang teruk difitnah ialah Tok Guru Nik Aziz dan Husam Musa. Aku pun, hormat giler pada Tok Guru dan Husam Musa. Aku kenal mereka because they are public figure. As for Arifffahmi.... aku tak berapa kenal, cuma tahu dia menantu Tok Guru dan Pengerusi PMBK. Syed Azidi pulak aku kenal sebagai blogger Kickdefella, yang blog dia memang aku ikuti. Both, terlibat dengan PMBK. Dan... sekarang sedang bercakaran.


Rasanya masalah bermula di PMBK, antara Arifffahmi dengan Kiddefella. Kau kata aku... aku kata kau, hang tuduh aku... aku tuduh hang. Last-last... media take advantage untuk sensasikan masalah dia orang berdua. Sekarang kita biarkan lembu UBN yang bernama SPRM siasat apa masalahnya di PMBK. Siasat betul-betul tau....


And.... it looks like Tok Guru dan Husam terperangkap dalam masalah antara Ariffahmi dan Kickdefella.


Tuduh menuduh antara kedua-duanya berlaku hingga nama kedua-dua tokoh tersebut dirawit sama.... bukan oleh mereka yang bertelagah, tetapi pihak-pihak yang ingin mengeruhkan lagi suasana yang sedang bergolak.


Weh... senang jer. Syed Azidi dah keluar dari PMBK dan Afirrfahmi pun keluar juga. Lantik orang baru.... bukak bab baru. Habis ceriter. Biar media penjilat ternganga, tak dapat nak spin cerita!!


Knowing yang Husam seorang yang capable dan realiable, maka sengaja mereka buat cerita kononnya Tok Guru mahu Husam letak jawatan ler.... Husam nak letak jawatan ler.... Husam disuruh letak jawatan ler..... Macam-macam spekulasi berlegar dalam berita dan di internet. Satu cubaan nak jatuhkan dua orang tokoh yang berkaliber. Isy... Wa cakap lu... takkan berjaya punyer.


Alhamdulillah.... kedua-dua tokoh telah bersuara.The silence has been broken.


Husam menegaskan yang dia tak berhasrat nak letak jawatan atau meninggalkan PAS terkonting-konting di tengah jalan. Istiqamahnya pada perjuangan PAS masih jitu. Tok Guru pun deny semua rumours yang mengatakan Husam akan letak jawatan. Siap puji lagi anak didik dia. You all tengok kat sini.

Well... nampak gayanya khidmat Husam masih dan amat diperlukan oleh Malaysia amnya dan Kelantan khususnnya. Semoga mendung akan berarak dan suasana akan cerah semula.


Kepada Husam yang akan menjalani pembedahan, aku doakan semoga selamat menjalaninya dan semoga cepat sembuh.


Alhamdulillah.... kiambang nampak sudah mula kembali bertaut. Ingat.... United we stand, divided we fall.

Sumber gambar: ahmadfadli.wordpress.com

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter