Mungkinkah ini Isyarat Jelas Pembubaran Dun Perak?

Wa baru dapat berita tentang ADUN Sg. Rapat,Hamidah Osman yang telah mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua wanita Umno di Bahagian Gopeng dalam penerangan beliau tentang memperkasakan gerak kerja pilihanraya.

Pertemuan ini telah dilakukannya beberapa kali,ini mengambarkan seolah-olah satu isyarat bahawa DUN akan dibubarkan pada bila-bila masa.Dalam perjumpaan itu juga beliau ada menyatakan bahawa jentera gerak kerja BN perlu sentiasa bersiap sedia dan cepat menangani sebarang isu-isu semasa yang di mainkan oleh parti pembangkang.

Cerita yang sampai ke gegendang telinga wa ialah mungkin puak-puak Umno telah menghidu keputusan bahawa 3 daripada 5 hakim memutuskan bahawa YB Hj Nizar adalah MB yang sah,sebab itulah keputusan kes MB Nizar ini di lengah-lengahkan pengumumannya.

Kalaulah ramalan ini tepat seperti yang telah diwar-warkan oleh beberapa pimpinan PR,sudah pastilah Zambry Jason King mengarahkan semua ADUN lanunnya meperkukuhkan jentera pilihanraya sebelum beliau membubarkan DUN Perak.

Sumber: http://loveperak.blogspot.com/

 
Load Counter