Siapa lebih berAURA dan BIJAK?? Nik Aziz atau Hj Hadi??

Semakin hari kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi semakin bercelaru dan haru-biru.

Dulu dalam isu UG... pun begitu, isu desakan Tok Guru supaya diadakan EGM PAS dan yang terkini, isu nasihat kepada Tok Guru pulak jadi isu.

Dia kata, ada orang beri nasihat yang salah dan tak betul pada Tok Guru. Mungkin sebab itulah Kelantan jadi haru-biru dengan pelbagai isu.

Cara dia cakap macam memperkecilkan kemampuan Tok Guru Nik Aziz jer. Apakah Nik Aziz bodoh sangat hingga tak dapat menilai nasihat yang diberikan kepadanya. Rasanya Nik Aziz dan para penasihatnya..... jika betul ada, adalah jauh lebih bijak daripada penasihat Haji Hadi sendiri. Buktinya.... mereka mampu memerintah Kelantan hampir 20 tahun lamanya.

Haji Hadi dan para penasihatnya yang 'bijak'... hanya mampu bertahan di Terengganu hanya untuk satu penggal saja. Lepas tu... Terengganu ghoyup semula ke tangan UBN. Dan..... kerana nasihat yang 'bijak' daripada para penasihat yang 'bijak'lah maka integriti dan kredibiliti PAS pulak hampir musnah gara-gara idea UG yang sememangnya satu idea gila babi lagi.... meyakitkan hati!!

Aduh.... cakap tu, kalau ya pun, biarlah pakai akai sikit. Jangan ikut sedap mulut saja. Sekarang, Nik Aziz dah bertanya balik. Siapa dia mereka yang telah memberi nasihat yang tak betul tu??

Aha... aha... cuba namakan mereka??

Semua orang pastinya nak tahu. Siapa mereka ya?? Errmmm.... kalau nak tahu, tanya sendiri kepada Haji Hadi. Hanya dia yang tahu!!

Dulu.. aku ada buat n3 tentang 3 tokoh yang diterima sebagai ikon pemimpin rakyat dalam Pakatan Rakyat. Mereka juga adalah ikon yang boleh membawa sokongan bukan-Melayu kepada Pakatan Rakyat. Aura merekalah yang boleh membantu memenangkan PR dalam pilhanraya, isyaAllah. Salah seorang ikon tersebut ialah Tok Guru Nik Aziz.

Ini terbukti melalui sokongan padu yang kita lihat dalam perhimpunan menyokong Tok Guru Nik Aziz di Kota Bharu semalam. Fuullaamaakk, Cina... Melayu ... India... semuanya berasak-asak!!!

Dan... pada hari Sabtu ini, 5 Disember jam 9.30 malam,"Himpunan Perpaduan Umah PAS For All" akan diadakan di Taman Melewar. Antara yang dijemput ialah kedua-dua Pengerusi Kelab Penyokong PAS (KPP) India dan Cina, Balasubramaniam dan Hu Phang Chow.

Guess who yang dijemput sebagai tetamu kehormat???

Bukan Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi, tetapi... Tok Guru Nik Aziz!! Hanya aura Tok Guru Nik Aziz saja yang dapat mengembalikan dan memulihkan semangat PAS For All yang semakin lesu sejak isu UG yang didalangi oleh penasihat-penasihat 'bijak' Presiden PAS.

Dulu.... suatu masa dahulu, Tuan Guru Haji Hadi juga mempunyai auranya yang tersendiri. Apabila sebut saja nama Haji Hadi.... WOW!!

Malangnya.... apa sudah jadi pada aura tersebut??

Sudah hilang WOWnya.... Semua ini, rasanya, kerana gara-gara nasihat-nasihat yang 'bernas dan betul' daripada para penasihatnya yang 'bijaksana'. Wallahu'alam...

Kerana aku masih ada rasa hormat dan sayang kepada Tuan Guru Haji Hadi, maka aku berharap agar Hj Hadi akan menjadi seorang politkus Islam yang sebijak Nik Aziz.

Apa perlu dia buat??

Biarlah dia bertepuk dadanya dan bertanya pada seleranya.

Sumber: http://motherof3mohd.blogspot.com/

 
Load Counter