Woit....!! Tak der modal lain ke??

Nampak gayanya BN tidak ada isu untuk hentam Pakatan Rakyat selain isu "Zaid dan arak". On the other hand, PR mempunyai banyak isu nasional yang boleh belasah BN.

Kesian BN kerana ituler satu-satunya peluru mereka. Dan kesian Zaid.... kerana diserang bertubi-tubi dengan isu peribadi, balik-balik isu yang hat tu. I think.... sebagai pemimpin yang sudah teruji.... dia no hal dengan attack-attack tersebut.

After all, dia tak deny.... but he said that it was all in the past. Itu Zaid yang dulu. Now, he's a completely changed person. Dia sudah minta keampunan daripada Allah SWT. Dia sudah bertaubat.

Kalau sekiranya Allah SWT mungkin boleh terima taubat hambanya.... siapalah kita untuk terus mengaibkan dia.

Aha... itu satu lagi tanda atau indikator bertapa zalimnya BN.... terus-terusan mengaibkan orang yang sudah isytihar dirinya sudah bertaubat. Itu satu lagi tipikalnya UMNO/BN. Demi kepentingan diri, mereka akan aibkan tak kira lawan atau pun kawan. Itulah yang mereka lakukan kepada Zaid Ibrahim. Yang syiuk pulaknya.... guna cara bodoh iaitu photoshopped gambar Zaid dengan menggunakan teknik superimposed. Tengok sini.

Ha... ha.... ha... Itulah UMNO/BN....

Tetapi, tindakan yang ter'over'.... kekandang akan 'makan diri'. Well... bagi kita, apa yang lebih penting ialah calon kita seorang yang ada prinsip dan mesra rakyat. On top of that, dia mempunyai reputasi tinggi sebagai seorang pemimpin yang kuat bekerja dan tidak suka beretorik. Dia jujur dan tidak hipokrit. Not... the cakap tak serupa bikin type!! Also... jenis yang kalau buat salah, dia admit dan minta maaf dan bertekat untuk memperbaiki kelemahan tersebut.

Inilah sifat dan sikapnya yang mendorong PKR memilihnya sebagai calon mereka untuk bertanding bagi mereka mengekalkan kerusi P094 Hulu Selangor. Bukan mereka taktahu latar belakang sejarah silam Zaid tetapi mereka yakin yang Zaid adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan benar-benar mahukan perubahan. Kalau dia jenis yang mahu senang.... dia tidak akan tinggalkan UMNO/BN. Sebaliknya.... dia memilih untuk bersama-sama Pakatan Rakyat.... memperjuangkan agenda perubahan bagi membina sebuah Malaysia Baru.

So... apa lagi yang kita mahukan dari seorang pemimpin?? Jangan teragak lagi.... undilah Zaid Ibrahim.... pemimpin yang meletakkan RAKYAT SEBAGAI TAKHTA DI HATINYA!!


Sumber gambar dari sini.

 
Load Counter