Awas PR, Umno Ada Strategi Baling C4 Sembunyi Tangan Di Penanti!!

Malam tadi ketika sedang jalan-jalan cari makan sekitar bandar Alor Setar, saya terjumpa seorang rakan. Dia ini boleh panggil orang kuat Umno juga, sebab walaupun tidaklah terkenal, tapi sekurang-kurangnya ada jawatan dalam cawangan. Yang seronoknya tentang kawan ini ialah dia tak terasa hati bila kita kutuk partinya. Malah dia yang seringkali lebih-lebih mengutuk partinya yang katanya banyak yang tak betul itu. Anehnya bila ajak keluar parti dia tak mau pula. Sayang, banyak nostalgia dalam Umno, katanya. Maklumlah Umno dah jadi 'parti pesaka' sejak bapa dan datuk dan bapa datuknya lagi!

Mula-mula kami bercerita mengenai makan, tempat mana sedap, tempat mana yang tersedap dan tak sedap. Dari cerita makan, masuk pula cerita politik. Mula-mula tentang cerita Mahathir Khalid yang sudah hilang jawatan dalam Umno Kedah itu, lepas itu cerita PRK Penanti pula. Apa lagi bila masuk soal Penanti, saya pun kutuklah Umno habis-habis. Keluarlah perkataan 'tak dak telur', 'pondan' dan lain-lain kepada Umno yang tak mahu bertanding itu. Kawan ini macam biasa bila partinya dikutuk, dia buat selamba saja.

"Habis dah hang kutuk Umno?," katanya masih tersenyum, "Tapi PR jangan seronok sangat Umno tak bertanding. Umno parti lama, macam orang tua, banyak tipu daya. Hai...hang tau dak depa tak bertanding, tapi depa main 'baling batu sembunyi tangan', tau"

"'Baling batu sembunyi tangan'?. Maksud hang?", tanya saya.

"Depa akan taja calon bebas, kempen untuk calon bebas, biayai kempen untuk calon bebas dan iklankannya di TV, macam calon Umno juga. Orang Umno akan diseru pilih calon bebas tajaan Umno. Mungkin menang tu tidak, tapi kalau calon bebas ni dapat undi ribu-ribu itu dah kira baik, tau. Lepas pilihanraya selesai Umno akan kata: tengok, PKR dengan bebas pun terkial-kial untuk menang, majoriti tak banyak! Akhbar-akhbar akan buat analisis pengaruh PKR semakin merosot, makin ramai yang menolak PKR di Pulau Pinang!", katanya.

"Dari mana hang dapat cerita Umno nak buat macam tu?", tanya saya.

"Hang pun macam tak kenai aku pula! Aku ni kan orang kuat Umno, banyak sumber berita yang boleh dipercayai!" , katanya sambil ketawa besar.

Kalau begitu, pikir hati saya, PR kena kerja kuat nih, jangan ingat boleh menang mudah! Menang, mungkin boleh menang, tapi kena pastikan menang dengan majoriti yang sangat besar, ya, sangat besar. Seperti kata rakan saya Umno ada strategi 'baling batu sembunyi tangan'. Tapi kalau 'baling batu sembunyi tangan' masih boleh tahan lagi, tapi jika 'baling C4 sembunyi tangan' amacam, silap-silap PR malu besar di Penanti!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter