Malunya...Zahra Nampak Lebih Jantan Dari Najib

Kelmarin, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata cabaran yang akan dihadapi oleh Zahra Masoumah Abdul Halim, 18 tahun, remaja Malaysia yang bakal berenang merentasi Selat Inggeris harus dijadikan pendorong kepada generasi muda masa kini untuk terus tampil dengan pelbagai kejayaan luar biasa.

“Adalah menjadi harapan saya agar usaha Zahra Masoumah dijadikan pemangkin kepada cabaran kepada generasi muda. Kita juga mahukan remaja ini dijadikan contoh untuk remaja negara kita,” katanya semasa berucap pada majlis penyerahan bendera dan tajaan Ekspedisi Ekstrem 7 Benua 7 Nilai (EE7B7N) di Pejabat Perdana Menteri di sini.

Saya setuju dengan kata-kata Najib, remaja kita perlu berani menghadapi cabaran seperti yang ditunjukkan oleh Zahra. Sama ada Zahra dapat menunaikan impian menjadi remaja Malaysia pertama dan remaja Muslim pertama dunia seusia dengannya berjaya menakluki Selat Inggeris hanya Allah yang dapat menentukannya. Tapi sekurang-kurangnya dia berani mencuba, kalah menang adalah penentuan Yang Maha Esa. Cuba dulu, baru tahu!!

Sekurang-kurangnya Zahra tidak seperti sebuah parti yang benama Umno-BN itu, yang sudah awal-awal lagi mengangkat bendera putih di Penanti sebelum pertarungan sebenar bermula. Sekurang-kurangnya Zahra yang perempuan itu nampak lebih jantan dari Najib kepada rakyat Satu Malaysia!!


Oleh: pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter