Bila Bekas Guru Pun Tak Suka Zambry

Malam tadi saya menemani Ustaz Asmudi ke Markaz PAS di Air Kuning untuk menghadiri Mu'tamar Ulama PAS di situ. Ustaz baru kelmarin pulang dari IJN buat pemeriksaan routin di situ. Walaupun kesihatannya tidak begitu baik, beliau masih lagi bersemangat berjuang dalam PAS.

Semasa dalam perjalanan itu, terpaksalah saya layan beliau bersembang walaupun saya sendiri bukan kaki sembang.

"Ustaz kenal ke Zamry? Dulu kan Ustaz sama dengannya mengajar di Politeknik Ungku Omar?" Saya membuka topik bualan.

"Lebih dari kenal; dia tu anak murid saya sewaktu di Sitiawan dulu. Selalu bermain kat laman rumah saya dulu. Dia dari keluarga miskin. Stokin pun kami tolong belikan. Dia tu lulusan UIA. Dia rajin juga ngantar surat, tapi apabila dapat doctorate dia mula menjauhkan dirinya daripada saya. . . . " Ustaz menceritakan.

"OOh gitu. . . sepatutnya hari guru macam ini, kenalah dia hantar kad kepada Ustaz," saya mengusiknya.

"Tak payah! Kata Ustaz, saya tak mahu ngaku gurunya lagi!" jawab Ustaz.

Kami pun gelak kik! kik! kik! dalam kereta.

"Ustaz patut bermegah kerana dapat anak murid macam itu!" Saya apikan lagi.

"Tak payah!" Kata Ustaz lagi. Kami gelak lagi. . .
Kalau bekas guru yang biasa kenal dan bergaul dengannya pun timbul rasa benci kat dia, apatah lagi orang macam saya yang tidak pernah kenal dan bergaul dengannya. Tapi macamana orang yang tidak pernah kenal hati budinya boleh begitu suka kepadanya? -alhusseyn

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/

 
Load Counter