Husam Terima Kekalahan. Naib Presiden Dan AJK Akan Teruskan Wawasannya

Calon Timbalan Presiden PAS, Husam Musa sudah menjangka beliau akan tewas dalam pemilihan merebut kerusi tersebut namun yakin kepada saf baru kepimpinan parti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas keputusan pemilihan muktamar diumumkan.

"Saya lebih dulu mengucapkan tahniah kepada rakan saya yang telah memenangi jawatan Timbalan Presiden, dan terima kasih kepada perwakilan yang telah mengundi saya semalam," kata Husam.

"Saya telah tahu dari awal lagi saya akan kalah. Saya bertanding untuk menyatakan pandangan politik saya. Saya bagaimanapun bersyukur dengan perlantikan Naib Presiden dan majoriti ahli jawatankuasa pusat insyallah dapat melaksanakan pandangan politik saya dan konsisten dengan ketetapan yang telah diambil Pas sebelum ini," tegas beliau.

Menjelaskan maksud pandangan politik beliau, Husam berkata:

"Pas perlu menggantikan umno demi Islam dan perubahan di negara kita, dan tidak ada jalan pintas untuk bekerjasama dengan Umno melalui apa-apa cara. Kerana itulah saya bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden," katanya.

Di sidang media itu juga, Husam akui pertarungan tiga penjuru mencabar penyandang Nasharuddin Mat Isa dan calon popular akar umbi Mohammad Sabu bukan mudah.

Ia memerlukan gerak-kerja kempen yang kuat serta jaringan akar umbi yang kuat bagi memungkinkan kemenangan itu, tambahnya.

"Saya tidak melaksanakan satu kempen yang agresif. Banyak elemen yang tidak menyebelahi saya. Saya tidak mahu perbesarkan. Dah tahu padang tinggi rendah, jangan disalahkan padang itu," katanya.

"Saya terima kekalahan ini, tetapi saya gembira mesej saya diterima dalam pemilihan AJK Pusat dan Naib. Bahkan undi kolektif saya dan mohd sabu lebih besar, jadi itu juga boleh dikatakan pencapaian saya," tambah Husam.

Beliau menerima kekalahan secara terbuka, dan tidak kesal tidak lagi berjawatan dalam PAS.

"Saya juga dahulu seorang aktivis biasa, dan saya tidak bercita-cita naik. Saya mahu teruskan perjuangan supaya Pas dapat mentadbir Malaysia dan menggantikan Umno-Barisan Nasional," tegas Husam.

Sumber: http://greenboc.blogspot.com/

 
Load Counter