KEMPEN GILA-BABI UMNO MEMANG MENGERUNKAN PAS ?

Bila Pak Karamu laporkan KEMPEN DAHSYAT UMNO DI MANIK URAI memang terbayang teman kesungguhan puak UMNO dengan segala orangnya datang awal dan tinggal di rumah-rumah orang kampong yang kebanyakan adalah penoreh getah.Mungkin mereka bajet tinggal sebulan di Manik Urai.Dua buah lori kontena yang disumbangkan oleh Syarikat Bintang yang berpusat di Rawang sudah tentu akan diisi stok barangan yang akan disumbang ke keluarga angkat mereka.Ini belum masuk konsep satu arahan seperti yang dikata oleh TPM Tan sri Muhyiddin.
SPR memberi dokongan pada UMNO dengan memnambah dan membuat undang-undang baru.SPR juga memberi kekangan kepada pengundi yang kerja jauh dari Kelantan untuk pulang mengundi.Tujuan SPR mengadakan Pilihanraya dan penamaan calun pada hari bekerja memang bagi menyusahkan penyokong PR.Kalau boleh pengundi luar mereka sekat agar tidak mengundi dan kemungkinan dari 'risikan' pengundi yang tidak balik akan diganti dengan pengundi UMNO.Sebab itu mereka(SPR) menggunakan ramai polis yang akan memberi maklumat terperinci setiap minit pergerakan keluar masuk pengundi agar setiap ruang kosong akan dipenuhi pengundi UMNO.
Kempen UMNO di Manik Urai sangat luar biasa dan telahpun bermula, kempen yang di perkenalkan ialah ahli UMNO di minta turun beramai-ramai membantu penduduk kampung memotong getah bersama pekebun getah di Manik Urai

Kempen oleh UMNO kali ini benar-benar mereka berkehendakkan kemenangan bagi memulihkan semangat UMNO yang sedang nazak, andai Manik Urai jatuh ketangan UMNO itu menandakan UMNO mula bangun dan PAS mula pudar.Itulah modal media mereka jika menang.

Pakatan rakyat harus turun habis-habisan

Sumber: http://pascawanganbukitsentosa2.blogspot.com

 
Load Counter