Keputusan Undi: Awat Pula Esok?

Keputusan pemilihan JK Kerja Pas Pusat 2009-2011 akan di umumkan pada pagi esok. Demikian di umumkan oleh Dato Mustafa Ali, Pengerusi JK Pemilihan Pas Pusat.

Saya tulis blog ini dari rumah di Alor Setar, bukan dari tempat muktamar berlangsung. Oleh itu saya tidak tahu mengapa keputusan pemilihan hanya bakal diketahui esok. Mungkin ada alasannya, cuma tiada media yang beritahu sebabnya. Jadi hingga kini saya tidak tahu sebabnya. Cuma sebagai orang kecil saya tidak boleh lari dari mengingatkan pemilihan-pemilihan yang melibatkan parti lain, termasuk Umno yang keputusannya diketahui pada hari yang sama, walaupun agak lewat malam. Saya juga teringat keputusan pilihanraya umum dan pilihanraya kecil yang melibatkan jumlah undi yang jauh lebih besar dan proses yang lebih rumit, namun keputusan diketahui pada hari yang sama. Ya lah kita berada di era teknologi maklumat, semuanya dapat diketahui secepat kilat. Tapi keputusan pemilihan PAS lewat diketahui atas sebab-sebab tertentu yang saya seorang saja mungkin tidak tahu.

Yang tidak enaknya bila keputusan diumumkan lewat sukar untuk elakkan bisik-bisik di belakang tabir. Takut ada yang mencipta spekulasi yang bukan-bukan nanti. Satu lagi seperti yang pernah berlaku sebelum ini, keputusan bocor sebelum ia diumumkan. Sesuatu yang sepatutnya ditungu-tunggu dan rahsia sudah hilang suspensnya.

Apa pun kita tunggu esok sajalah keputusannya.


- pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter