Antara Nik Aziz & Ali Rustam siapa harus letak jawatan

Susulan cabaran ahli parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali, supaya Nik Aziz meletakkan jawatan sebagai adun dan Mb Kelantan kerana gagal dalam pemerentahan selama 19 tahun boleh ibarat kacang lupakan kulit ,ini kerena tanpa bertanding diatas tiket Pas rasanya karier ahli politik ini mungkin berkubur selepas beliau dipecat dari menjadi ahli umno.

Tetapi pada Pru12 yang lalu beliau telah diperkenankan oleh Tuan Guru untuk bertanding di Parlimen P. Mas diatas lambang bulan dan calun pas yang sedia ada pun memberi laluan kepada beliau kerana pada masa itu pas mengangap beliau mungkin boleh memberi sumbangan didalam politik Kelantan diatas pengalaman beliau .

Tetapi apakan daya kalau sudah kemelayuan dalam umno yang masih pekat dalam jati diri orang yang bernama Ibrahim Ali serta sifat genetik ( spesis )kekatakan beliau yang tebal maka pas terpaksa menerima hakikat bahawa mereka telah tersalah pilih diatara batu dengan permata ,kita boleh lihat gelagat Ibrahim banyak menetang arus dgn pas dalam banyak isu politik sama ada di parlimen atau dalam media arus pedana.

Tetapi nasi sudah menjadi bubur usah kita pertikaikan krektor beliau lagi dan ini mungkin satu pengajaran yang berguna kepada pas supaya memilih menantu atau calun dalam pilihan raya nati biar lebih telus dan teliti..biarkan Ibrahim Ali dengan cara dia dan biar beliau berkokok seorang diri tak lama selepas ini mungkin karier politik beliau akan berkubur selamanya..insyak"allah.

Tetapi yang menarik minat saya nak menulis bukanya si Ibrahim Al- Kataki ini ..kerana selepas menonton Astro Awani terlihat ulasan Ketua Menteri Melaka yang menyokong Ibrahim Ali supaya mengesa Tok guru meletak jawatan..nak tergelak pun ada dengan sikap Tok Ketua negeri Hang Tuah yang bernama Ali Rustam.,kerana apa yang diulaskan beliau yang menyokong Ibrahim Ali sungguh dangkal hujah nya..

Kita rasa diantara Ali dan Nik siapa yang harus meletakan jawatan sebagai ketua dalam negeri masing masing,tentu jawapan berbahagi dua kerana kalau aku tanya orang pior umno sumpah laknat pun tentu mereka sokong Ali dan kalau aku tanya orang Pas tentulah mereka kata Nik serta siap dengan bertakbir sekali.

Tetapi bagi pendapat aku seorang ahli pas yang tak ada apa jawatan dan kepentigan dalam parti pas dan hanya memberi sumbangan melalui ruangan ini sudah tentu sokong kepada Nik,bukan kerana aku membodek ,kalau bodek dalam pas dah tentu tak dapat apa apa pun.

bagi kita sepatutnya Ali Rustam perlu lihat diri depan cermin dulu ,sepatutnya beliau telah lama letak jawatan kerana telah disabitkan dengan politik wang kalu dinegara luar dah lama pemimipin macam ini dipecat atau dilucut jawatan tetapi ini Malaysia iklim politik berbeza dengan luar negara,kalau nak dibanding diantara Nik Dan Ali umpama macam langit dengan bumi tak perlu nak diulaskan disini..

jadi bagi Ali rustam yang menyokong kenyataan Ibrahim Ali mengesa Nik Aziz letak jawatan usahlah anda membuat kenyataan yang bersifat tidak matang lebih baik jaga negeri sendiri dari nak mengampu Ibrahim Ali yang tidak ada nilai dalam umno atau sesiapa selepas ini...

Sumber: http://batuvskayu.blogspot.com/

 
Load Counter