Isu Selcat : Umno Selangor langgar tradisi BN, perlu dikenakan tindakan

Umno Selangor secara terbuka telah menyokong usul Ahli Exco kerajaan Negeri Selangor dari Pas, Dato Dr Hassan Ali mengenai isu agar siasatan Select Committee on Competency, Accountability and Transparency’s (Selcat) dijalankan di secara tertutup.

Tindakan Umno Selangor ini sebenarnya telah melanggar tradisi Barisan Nasional yang tidak akan menyokong sebarang usul dari pihak lawan.

Ini pernah dinyatakan sendiri oleh DS Najib pada tahun 2005 dahulu. Pada ketika itu, DS Najib masih lagi memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dimana menurutnya “pada dasar dan amalannya, penyokong-penyokong Barisan Nasional tidak boleh menyokong usul yang dibawa oleh wakil dari pihak lawan”.

Pada ketika itu, Datuk Mohamed Aziz dan Datuk Bung Moktar Radin akan dikenakan tindakan kerana menyokong usul Lim Kit Siang agar tindakan diambil kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz berhubung dengan penyelewengan pemberian AP kepada individu-individu tertentu.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter