Demokrasi yang saya fahami

Oleh: Labu-Labi

Dalam siri yang lalu telah diterangkan secara ringkas apa itu sebuah kerajaan. Juga ditunjukan betapa hubungan yang erat adalah perlu sebagai mejamin keharmonian serta kesejateraan negara. Dan juga dinyatakan sifat sifat perlu setiap pemimpin.

Kali ini, saya ingin membawa kepada takrif demokrasi secara umum, seperti yang difahami oleh saya, bukan demokrasi diseluruh dunia. Kerana untuk memahami demokrasi diseluruh dunia, ianya menjadi pelbagai. Setiap negara ada cara dan corak mereka sendiri, yang juga dikenali sebagai demokrasi. Untuk tujuan itu, rencana ini akan menjadi Panjang dan berbelit belit. Tujuan saya menulis ini, sekadar untuk membantu, bagi menyedarkan rakyat terbanyak, akan hak kita sebagai rakyat. Oleh itu saya tidak akan menumpukan soal demokrasi secara menyeluruh, tetapi akan lebeh menumpukan demokrasi diMalaysia, seperti yang saya pelajari semasa sekolah rendah dahulu, dalam tahun 60 an (dalam matapelajaran Tatarakyat).

Buat permulaan, mari kita tengok dimana kita dan dimana pemimpin kita berada. Kita mengamalkan sistem Raja berpelembagaan, itu demokrasi kita, kita tengok secara menyeluruh Negara Malaysia, negeri negeri pun lebeh kurang macam tu lah (lihat rajah dibawah) :



Dari rajah diatas, dapat kita lihat betapa susunan yang sebegitu rupa, teratur dan terjalin hubungan antara satu peringkat dengan peringkat yang seterusnya. Saling perlu memerlukan.

Pemimpin kini telah dipecahkan beberapa kategori, dengan harapan, masing masingdapat melaksanakan tugas dengan tenang dan bebas. Dimana setiap lima tahun sekali, rakyat
diberi hak untuk memilih pemimpin mereka, melalui undi dalam satu pemilihan yang besar yang dikenali sebagai Pilihan Raya Umum. Wakil yang terpilih dalam setiap pilihan raya dinamakan “Wakil Rakyat”, tugasnya ialah mewakili rakyat keperhimpunan Parlimen, yang diadakan dalam masa masa tertentu, yang kita kenali sebagai “Persidangan Parlimen”.

Kita tidak memilih Agong dan kita tidak memilih Perdana Menteri (selepas ini dikenali sebagai PM sahaja), juga kita tidak memilih Timbalan Perdana Menteri (TPM) serta kita tidak memilih Menteri dan Timbalan Menteri. Kita tidak layak untuk memilih mereka itu. Kita hanya diberi hak untuk memilih wakil kita, yang dikenali sebagai “WAKIL RAKYAT”, itu pun lima tahun sekali atau dalam pilihanraya kecil (sekiranya berlaku kekosongan bagi sesuatu kawasan itu). Oleh kerana kita tiada hak menentukan siapa yang akan memimpin kita, maka hak yang satu itulah yang perlu dinilai secara betul dan tepat sebelum memangkah kertas undi. Hak itulah, yang akan dipertanggungjawabkan keatas kita, kelak oleh Allah, bukan setakat oleh manusia didunia ini, sekiranya berlaku penyelewengan dan kerosakan oleh pemimpin yang telah terpilih.

Kita kembali kepada rajah yang disertakan itu. Agong dipilih melalui Mesyuarat Raja Raja seluruh Malaysia, yang dikenali sebagai Majlis Raja Raja. Senator pulak dipilih oleh Agong serta Kerajaan yang sah bagi setiap Negeri.

PM, TPM, Menteri serta Timbalan menteri pulak sape lantik ? disini lah tugas dan tanggungjawab wakil rakyat, yang telah kita pilih melalui pemilihan “Pilihan Raya Umum”. Sekiranya kita memilih secara ikut suka, tanpa pertimbangan, maka akibatnya kita yang akan tanggung semula. Kita tak perlu salahkan orang lain, kerana kerosakan yang berlaku adalah hasil dari kegagalan kita sendiri, tidak menilai secara “Rasional” Wakil Rakyat yang akan kita pilih itu.
Kita tutup dulu celoteh saya ini setakat ini dulu. Dalam siri yang berikutnya, kita tengok apakah sepatutnya berlaku di Parlimen sebaliknya apakah yang berlaku.

Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/

 
Load Counter