ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia, SPR Tiada Alasan Lagi Untuk Selamatkan UMNO Berhadapan Dengan Rakyat Dalam Pilihanraya !!

Ketakutan kerajaan UMNO dan BN pimpinan PM Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh, Kedah Darul Aman akhirnya hadir jua kini. Bagai sudah ditakdirkan oleh Allah, bahawa kepimpinan Najib kini sekali lagi bakal diuji oleh rakyat. Jika di Kota Seputeh baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekali lagi menjadi penghalang kepada "suara rakyat". Kini Pengerusi SPR, Aziz Yusof tiada alasan dan hak mutlak lagi untuk menidakkan pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh terdekat ini. Ini berikutan perkhabaran "panas" yang diterima hari ini berhubung dengan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Azman Mohd Noor (foto) dari Barisan Nasional meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini jam 2.30 petang ini. Allahyarham adalah Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi. DUN Bagan Pinang adalah satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson. Maka, nampaknya satu lagi pilihanraya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Hikmah Disebalik Berlakunya Pilihanraya Ini


Dengan perkembangan terbaru ini, rakyat kini melihat apakah SPR akan menjadi hakim sekali lagi untuk menolak surat yang dihantar oleh Speaker DUN Negeri Sembilan. Jika sebelum ini Pengerusi SPR dengan sombong dan lantangnya, mempermain-mainkan rakyat berhubung dengan hak Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dalam isu ADUN lompat parti Osman Jailu dan Jamaluddin Razi. Kemudian yang terbaru ADUN Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Shariff di Kedah. Maka kini keangkuhan SPR untuk menyelamatkan maruah Najib One Malaysia bakal terjawab. Mereka tidak ada alasan lagi untuk menolak pilihanraya kecil diadakan. Tambah menyeronokkan rakyat ialah, jika di Kota Seputeh baru-baru ini kekosongan itu berlaku melibatkan kerusi BN, dan kini kekosongan di Bagan Pinang juga melibatkan kerusi BN. Maka sudah pasti rakyat Malaysia yang cintakan keadilan amat bersyukur dengan apa yang berlaku ini. Segalanya bagai sudah tersurat, seperti kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (foto) dalam kenyataannya sehari menjelang Pilihanraya Kecil Permatang Pasir baru-baru ini "Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku lapan pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya". Apakah dek kerana keberkatan Bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Allah memberi balasan terus kepada manusia yang cuba untuk menipu rakyat dengan kuasa yang ada padanya. Kini Pengerusi SPR tidak perlu meneliti lagi segala surat kematian ADUN terbabit. Apakah mungkin ada lagi alasan yang mahu diberikan untuk menggagalkan pilihanraya ini agaknya?.

[Segalanya bagai sudah tersurat, berkat doa alim ulamak dan rakyat yang kecewa dengan keputusan Pengerusi SPR mempermain-mainkan kuasa yang ada pada Speaker DUN Pakatan Rakyat selama ini. Maka kini, bagai buku bertemu dengan ruas akhirnya BN terpaksa berhadapan kembali dengan suara rakyat digelanggan terbuka seperti ini. Apakah SPR sekali lagi akan mengadakan pilihanraya pada hari Selasa bagi mengelakkan rakyat mengundi. Dan apakah bermula hari ini mereka telah mengarahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mendaftar pengundi baru "hantu" bagi menjadi pengundi berdaftar dalam pilihnaraya kecil yang bakal diumumkan nanti. Diharap petugas Pakatan Rakyat perlu cepat untuk mendapatkan buku daftar pemilih terbaru SPR bagi DUN terbabit. Tambahan pula hari ini ialah Jumaat dan ada dua hari untuk mereka melakukan kerja terkutuk ini sebenarnya. Harus diingat, BN kini benar-benar terdesak kerana kerusi itu adalah hak mereka. Jika di Terengganu mereka dimalukan, maka kini apakah mereka berjaya membuang aib itu. Sama-sama kita berarak ke Bagan Pinang untuk mencipta kemenangan].

Sumber: http://pahangdaily.blogspot.com/

 
Load Counter