Pengundi Pos Dibayangi Ugutan...TG Abd. Hadi Awang

Pas masih meragui ketelusan undi pos,terutama dikalangan anggota polis dan tentera kerana golongan ini tidak mendapat kedudukan yang betul-betul bebas untuk memilih pimpinan politik.
TG Haji Abd. Hadi berkata,sehingga hari ini parti itu percaya ada dikalangan undi pos berkenaan di bayangi "Ugutan" oleh pihak -pihak yang tertentu,menyebabkan undian mereka hanya ke arah satu pihak sahaja.SPR perlu melakukan sesuatu perubahaan yang drastik agar ia benar-benar telus,bukan perubahan dari segi luarannya saja.

Di Bagan Pinang pada PRU yang lalu,Pas memperolehi 4097 undi dan BN mendapat 6430 undi.Kalau ditolak undi pos yang dijangkakan lebih kurang 4000 undi,bermakna BN hanya mendapat 2430 undi sahaja.Ini menunjukkan kepada kita,bahawa BN akan sedaya upaya melakukan sesuatu agar undi Pos ini memihak kepada mereka,hanya itulah satu-satunya ruang untuk mereka mempertahankan kemenangan.

Beliau meminta agar Para pengundi pos ini diberikan kebebasan untuk mendengar ceramah atau kempen politik dan tidak seharusnya ada pihak yang cuba menghalang kebebasan mereka untuk mendapatkan maklumat yang telus dan tidak perlulah ada pemantauan daripada pihak tertentu.

Bai: Ini baru betul-betul...Wakil Rakyat Undi POS,Lu orang akan
tengok perebutan dalam Arm No untuk jadi calon Bagan Pinang
sebab kat sini lah "Zon Selesa" bagi setiap Wakil Rakyat..Tapi itu
dulu bro..sekarang dah lain,ia akan bertukar jadi "Zon Seksa".

PRK ke-9,Bulan 9,Tahun 2009,Di Negori 9 dan
lastnya.... BN lu boleh Jalannn!!


Sumber: http://sendiri-mau-ingatlah.blogspot.com/

 
Load Counter