Bagan Pinang: Pertarungan Pas dan BN

Sah! Cuma dua calon untuk pilihanraya kecil N31 Bagan Pinang.

Demikian diumumkan oleh Pegawai Pengurus SPR, Abd. Wahab Shamsuddin sebentar tadi.

Pertandingan adalah satu lawan satu diantara Tan Sri Md Isa Samad mewakili Barisan Nasional dan Zulkefly Mohamad Omar mewakili PAS.

Calon Bebas, Shahruddin Abdul Hamid, yang turut berada di pusat penamaan calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson sejak jam 9.20 pagi meninggalkan tempat itu kira-kira lima minit kemudian dan tidak muncul semula selepas itu.

Semasa meninggalkan dewan itu, Shahruddin memberitahu pemberita yang berada di pusat penamaan calon itu bahawa beliau sedang mencari seorang penyokong dari kawasan DUN itu untuk menyokong pencalonannya.

Selepas tempoh pencalonan ditutup, tempoh bantahan selama sejam lagi kini berjalan dan pengawai pengurus pilihan raya kecil itu Abdul Wahab Shamsuddin kemudiannya akan membuat pengumuman bagi memuktamadkan calon yang akan bertanding dalam pilihan raya kecil itu yang djadualkan pada 11 Oktober ini.

Kerusi DUN Bagan Pinang kosong berikutan kematian penyadangnya Azman Mohammad Noor dari BN pada 4 September lalu.

Terdapat 13,644 pengundi berdaftar termasuk 4,604 pengundi pos di Bagan Pinang. Pengundian dijalankan pada 11 Okt nanti. Pada pilihan raya umum 2008, Azman berjaya menewaskan calon Pas Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Sumber: http://ajijoi.blogspot.com

 
Load Counter