UBN makin TAKUT,Sebar Fitnah tanda UBN Lemah..!!!!





Semalam sya diberitahu oleh YDP pas Kawasan Bukit Gantang ust Nordin Jaafar mengenai sebuah bungkusan yang dikirimkan ke alamat Beliau di Bukit Gantang.Sewaktu menerima bungkusan tersebut Beliau diminta membayar denda sejumlah 3 ringgit lagi apabila pengirim sampul surat itu hanya meletakan setem yang bernilai 50 sen sahaja yang mana ia tidak sepadan dengan berat bungkusan tersebut.Beliau yang ketika itu tidak mengetahui isi kandungan bungkusan tersebut terus membayar bayaran denda yang ditetapkan.

Apabila sampul itu dibuka terdapat didalamnya sebuah buku yang bertajuk `The Tales Of Mat Bond-Anwar sodomy 2'dan juga sebuah akbar yang bertajuk `The Screw Opener ' yang mana kedua-duanya mengandungi isi yang memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat.Walaubagaimanapun kedua-dua bahan ini tidak diterakan siapa pembuatnya.

Perbuatan ini disifatkan sebagai satu tindakan terdesak yang cuba dilakuakn oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam menyebarkan fitnah dan dakyah palsu UBN.Jika ada sesiapa lagi yang menerima bungkusan ini diharapkan supaya memaklumkan ia kepada pihak yang sewajarnya agar tindakan ini tidak berterusan.

Sumber: http://syaomel85.blogspot.com

 
Load Counter