Semua orang nak menang, tapi biarlah dengan cara bermaruah

Pasukan pilihanraya PAS telah menemui Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dan mendedahkan tentang terdapat 253 nama berganda didalam senarai pengundi yang berdaftar untuk Pilihanraya Kecil Bagan Pinang akan datang.

Walaupun SPR mengakui kehadiran nama berganda itu, tetapi mereka berjanji untuk membersihkannya selepas PRK itu nanti. Ini kerana, senarai nama tersebut sudah digazetkan.

253 nama berganda itu datangnya dari tentera yang mengundi pos dan kemudian menggunakan kad pengenalan biasa untuk mengundi secara normal. Perbuatan ini bermakna Umno bakal memperolehi 506 undi secara percuma. Itu belum lagi termasuk dengan nama-nama yang tidak berjaya dikesan oleh PAS.

Pengundi pos selalu memberi kelebihan kepada Umno dan Barisan Nasional kerana ketelusan dan cara pengendaliannya sering dipertikai dan sudah tentu jikalau kes nama berganda ini akan terus memberi kelebihan tambahan kepada calon Umno.

SPR perlulah amanah di dalam menjalankan tugasan mereka. Walaupun mereka “makan gaji” dengan kerajaan tetapi tidak semestinya mereka harus berpihak kepada Umno.

Semua orang yang bertanding mahu kepada kemenangan, tetapi biarlah dengan cara yang bermaruah.

Bagi pihak PAS, satu mesyuarat akan dibuat segera untuk membincangkan perkara ini dan berkemungkinan mereka akan memohon injuksi mahkamah untuk menangguhkan piliharaya kecil ini selagi masalah ini tidak dapat diselesaikan.

Sumber: http://lordazaab.wordpress.com/

 
Load Counter