APA KATA KAMU?

"Apa kata kamu mengenai kepimpinan PAS"? Soalan yang diajukan oleh salah seorang teman aku yang juga seorang pemerhati politik atas pagar.

Aku pun memberikan jawapan aku. Bagi aku PAS disokong bukanlah kerana adanya pemimpin-pemimpin tertentu, tetapi adalah kerana tujuan perjuangan ke arah mendaulahkan ISlam itu sendiri. Kerana ISlamlah PAS berdiri kukuh sehingga mencapai keahlian melebihi sejuta. Kerana Islamlah UMNO kecut perut. Kerana Islam lah Kelantan masih lagi diperintah oleh PAS. Kerana ISlamlah satu-satunya cara untuk orang-orang Melayu bersatu dan membentuk pakatan yang kukuh dengan kerjasama oleh bangsa-bangsa lain. Islam tidak memandang kepada bangsa. Kalau tidak, masakan Bilal bin Rabbah antara sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga? Adakah Islam itu untuk Melayu sahaja? Jawapannya tidak!!

Dalam PAS perjuangan puluhan tahun memerlukan setiap ahlinya ditarbiah dengan penuh ilmiah. Kita mempunyai adab dalam menegur pemimpin. Pemimpin yang kita maksudkan ialah pemimpin yang kita lihat dari segi Zahirnya taat dan patuh kepada ajaran Islam. Wajib bagi kita mentaati pemimpin Islam. Namun kita juga dibenarkan menegur pimpinan kita tetapi perlulah secara beradab tanpa melukakan hati serta mengheret orang lain membenci pimpinan kita. Bagi yang mengeluarkan ayat-ayat yang kasar perlulah mengikuti kembali apa yang diajar oleh Islam.

Di dalam Islam, yang dibenarkan kita mengeluarkan ayat2 yang keras adalah kepada pemimpin yang menentang ISlam. Seperti kritikan kita kepada UMNO. UMNO jelas memperlekeh-lekehkan Islam dan kepimpinan Ulamak. Kaum sebegini diharuskan bagi kita mengeluarkan kata2 yang keras kerana mereka sendiri menghina Allah swt dan Rasulnya. Golongan ini seharusnya kita lemparkan mereka jauh dari sudut hati.

Cukup-cukuplah tu. Kita jangan lagi bertengkar. Kita seharusnya mengikat tali pautan sesama kita dalam mengukuhkan perjuangan ISlam. Tuan Guru Hadi Awang mungkin ada silap. Namun kita perlu sedar, setiap antara kita ada kelemahannya. Kita cubalah menegur mereka secara berhikmah. Yang paling penting ialah pemimpin inilah yang selama ini berusaha dalam menegakkan perjuangan Islam. Kecualilah esok lusa mereka mengisytiharkan mereka tidak lagi mahukan ISlam, maka wajib bagi kita menentang mereka pula.


TAKBIRR!!

Sumber: http://sentuhanrakyat.blogspot.com/

 
Load Counter