Kickdefella: Tamat Ke Berhenti?

Perkembangan terbaru kes Ariffahmi (menantu MB Kelantan) vs Syed Azidi (Blogger Kickdefella): Ariffahmi seperti yang dipetik oleh mStar menjelaskan bahawa perkhidmatan Kickdefella telah 'ditamatkan' dan bukannya 'diberhentikan'.

"Syed Azidi telah menandatangani kontrak selama tiga tahun dan perkhidmatannya telah ditamatkan kerana prestasinya tidak mencapai piawaian perbadanan. Tapi kami masih memberikan beliau RM20,000 sebagai pampasan, semua ini telah dilakukan dengan kelulusan jabatan undnag-undang," kata Ariffahmi.

Saya tak ingin komen perbezaan antara 'tamat' dan 'berhenti', kerana secara jujurnya saya akui tidak mahir bahasa undang-undang. Cuma sebagai orang biasa, mereka nampak tamat dan berhenti sama sahaja. Malah bila seseorang yang kontraknya telah tamat dan tidak disambung kontrak, bagi orang yang tidak faham pengurusan dan undang-undang mereka melihatnya sebagai telah dipecat; walaupun bukan begitu yang sebenarnya, walaupun antara berhenti dan dipecat dua istilah yang berbeza seperti langit dan bumi.

Wallahualam.

~ pendikar gunung kriang

Sumber: http://pendikargunung.blogspot.com/

 
Load Counter